Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia punya seram lain macam bila terjumpa Qawiy, haha.. ” – Netizen

Video Abdul Qawiy Aro Membuat Content Teka-Teki Islamik Pada Orang Awam Buat Ramai Terhibur. Part Abang Awal-Awal Tu Memang Kelakar, Siap Tanya ‘Bukan Tebuk Kan’ Dekat Qawiy, Sambil Dah Standby Nak Lari, Haha !!

Bagi yang mengenali dan mengikuti influencer terkenal iaitu Abdul Qawiy Aro pasti mengetahui yang Abdul Qawiy atau lebih mesra dengn panggilan Qawiy ini suka membuat video content ‘Tebuk Ngaji’ dan ‘mangsa-mangsanya’ biasanya adalah di kalangan selebriti tanah air.

Boleh dikatakan semua video content Qawiy mendapat perhatian dan pujian warganet. Hal ini kerana content yang dibawakan oleh Qawiy begitu menarik dan dalam masa yang sama membuat ramai yang menonton juga dapat menambah ilmu dalam pengajian bacaan Al-Quran.

Klik gambar untuk info..

Terbaru, Qawiy ada memuatnaik video yang memaparkan dirinya menerjah beberapa orang awam untuk content ‘teka-teki islamik’ pada kali ini. Pada awal video, ‘mangsa’ pertama Qawiy adalah seorang lelaki. Mendengar Qawiy memanggilnya, lelaki tersebut kelihatan begitu cuak.

Dia berharap Qawiy tidak membuat content ‘tebuk ngaji’ dan Qawiy mengatakan kali ini bukan content tersebut. Namun setelah ditanya oleh Qawiy berapa jumlah surah yang ada di dalam Al-Quran, lelaki itu tiba-tiba memberikan reaksi pasrah kerana perlu menjawab soalan.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Qawiy dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Dia punya seram lain macam bila terjumpa Qawiy, haha.. Nasib lah abang tu boleh jawab.. Muka dia takut betul kalau2 Qawiy nak tebuk ngaji, haha.. “

” Serius aku mmg lari kalau nampak budak Qawiy ni.. Sbb aku mmg spesis cemas nak mampus tanya2 soalan spontan ni.. Mmg aku akan lupa semua benda.. “

” Kadang tu kan, bukan tak tahu jawapan. Tapi bila kena terjah macam ni memang auto hilang ingatan weii. Silap haribulan, tinggal jasad je kat situ, hahaha.. “

” Tachott kena tebukkkk. Sempoi la banggg.. Bagus orang Malaysia serba serbi tahu.. Bila tengok video auto boleh jawab, kangggg terjumpa depanΒ² auto tak tahu, haha.. “

” Alhamdulillah. Aku ni mmg jarang la pasal2 ig ni. Tp sbb kau dik. Abg follow kau. Suka tgk ape yg kau buat. Alhamdulillah. Teruskan.. “

” Influencer yang aku suka. Gua follow lu bro. Masyallah ilmu Qawiy share ilmu yg bermnfaat tq.. Tapi ingat jgn kecewa kan kami.. “

” Lepas follow Qawiy tu baru tau ramai org malaysia yang pandai mengaji lg.. Alhamdulillah.. Suka content mcm ni.. Santai.. “

Klik gambar untuk info..

Namun begitu, lelaki tersebut berjaya menjawabnya dengan betul dan menerima sejumlah wang tunai yang diberikan Qawiy. Selain lelaki itu, beberapa orang telah diterjah oleh Qawiy dan boleh dikatakan semuanya boleh menjawab soalan yang diberikan oleh Qawiy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG qawiyaro

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT