Artis / Selebriti
” Alahai awal sangat jerit ibu tu Afwa, haha. Siap tepuk tangan lagi.. ” – Netizen
Fedtri Yahya Kongsi Video Gelagat Anak-Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Dan Muhamad Afwa Ketika DS Siti Sedang Berucap Di Atas Pentas. Part Afwa Tepuk Tangan Sambil Laung Panggil Ibu Banyak Kali Tu Lawak. Ayah Tengok Tu Afwa, Haha !!
Yayasan Nurjiwa yang mana Dato’ Seri Siti Nurhaliza adalah penaungnya telah pun mengadakan satu majlis Iftar Nurjiwa Prihatin bertempat di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur pada 26 Mac. Seramai 500 orang diraikan dalam majlis ini antaranya anak-anak yatim, ibu tunggal, penggiat seni dan pengamal media.
Fedtri Yahya diamanahkan sebagai pengacara majlis dan banyak moment dirakamkan oleh Fedtri. Meninjau akaun Tiktok Fedtri Yahya, telah dikongsikan salah satu video yang memaparkan suasana ketika DS Siti sedang memberikan ucapannya di atas pentas.

Klik gambar untuk info..
DS Siti lebih memilih untuk acara yang santai dan bebas protokol. Semua orang gembira lebih-lebih lagi anak DS Siti, Aafiyah dan Afwa. Riang sekali dua beradik ini berlari-larian dan melompat di atas pentas ketika ibu mereka sedang berucap itu. Kata Fedtri, suasana begini lah yang seronok.

DS Siti yang memang selalu kelihatan lembut tutur katanya ini hanya tersenyum melihat gelagat anak-anaknya itu. Budak-budak memang begitu lah, ada sahaja perkara yang dirasakan menarik untuk dilakukan. Tahap kesabaran DS Siti tu memang A lah, kalau kita tentu sudah marah kalau anak buat perangai sebegini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@fedtriyahya Kalau macam ni kan senang dan seronok… 😀 bebas protokol, santai… Nak kerja pun senang sebab anak-anak ada depan mata dengan penuh keriangan… 😀 Sempat saya rakamkan gelagat anak-anak biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam satu majlis yang saya acarakan semalam. #sitinurhaliza #yayasannurjiwa #fedtriyahya
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” suka tengok dato siti.. membiarkan anak2 menjadi kanak2 biasa.. muka afwa time Tokti kacau telinga afwa.. Comel.. ”
” Best.. bila anak2 diberi peluang utk jadi kanak2 tanpa protokol ketat. May Allah bless her whole family.. ”
” Supporter sungguhlh ank ibu ni.. ibu ibu ibu ibu.. siap tepuk tangan.. comel afwa.. Simple. Very homey je majlis tokti.. ”
” Ibu boleh bertanding ni.. ada penyokong kuat.. Afwa anak ibu, siap tepuk tangan lagi haa haha.. ibu ibu ibu.. ”
” Haha suka tengok, Alahai awal sangat jerit ibu tu Afwa haha. Adoila DatoK sedang menahan sabar melihat Afwa kihkih.. ”
” Bagus..dr kecik blaja untuk tidak gemuruh depan org ramai..aku dah tua ni pun gemuruh.. tokti penyabar sungguh, senyum je tengok anak. kalau aku, jadi singa jadian time tu.. ”
” Afwa penyokong ibu dia haha.. ni la pengacau terhormat.. tak kena marah langsung.. hahaha.. ”
Amboi Afwa, siap tepuk tangan untuk ibu. Afwa memang penyokong ibu paling nombor syatu lah. Yang penting, semua orang merasa diraikan dan disayangi dalam majlis anjuran DS Siti ini. Semoga Allah kurniakan DS Siti rezeki yang melimpah ruah dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fedtri Yahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen


