Artis / Selebriti
” Alaa dah balik dah. Sedihnya tengok masing-masing nangis nak berpisah.. ” – Komen Netizen
Mark Adam kongsi video suasana sedih ketika ahli keluarganya ingin berangkat pulang ke Filipina buat warganet sebak. Sebaknya tengok semua menangis dan berpelukan. Part adik yang pakai baju pink tu yang paling sedih..
Mark Adam dikejutkan dengan kejutan oleh isterinya, Ezan pada minggu lalu apabila membawakan ahli keluarga Mark dari Filipina ke Konsert Gegar Vaganza. Sudah lama mereka tidak bertemu dan Mark juga ada memberitahu selepas PKP ekonominya agak meleset menjadikan kewangannya terbatas untuk pulang ke kampung halaman.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Mark Adam, telah dikongsikan satu video terbaru Mark dan Ezan bersama ahli keluarga mereka. Saat yang paling tidak disukai apabila perlu berpisah kembali terjadi juga. Ahli keluarga Mark perlu kembali ke Filipina dan meninggalkan Mark dan Ezan.
Kelihatan semua yang berada di situ tidak dapat menahan sebak dan bercucuran air mata ketika bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain. Ezan memang isteri terbaik untuk Mark dan wanita yang disayangi oleh seluruh ahli keluarga Mark.

Melihat Ezan dan Mark menangis menambahkan lagi kesayuan di hati warganet. Hanya yang pernah melalui keadaan seperti Mark sahaja tahu rasa sedihnya sebuah perpisahan. Jarak hanya ukuran, namun kasih sayang mereka akan selalu bertaut.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedihnya.. mesti rumah terasa sunyi.. sebab sebelum ni riuh.. Mark ni mmg bagus melayan adik beradik dan anak-anak buah dia.. “
” Love this family bonding.. Aduh sambung nangis saya.. Semoga Mark dan Ezan sentiasa dimurahkan rezeki dpt berjumpa family dr Philippine selalu.. “
” Insya Allah… Ade rezeki panjang umur nanti jumpa balik ye family kat sana… Istri tu main peranan.. bagus istri mark… semuga kamu cepat di murahkan rezeki dlam kehidupan kamu brdua .. Aaminnn.. “
” Alaa dah balik dah.. sedihnya tengok masing-masing nangis nak berpisah.. dengan kita ikut nangis.. moga ada rezeki jumpa lagi mark dengan family.. “
” Alahai sedihnya, keluar air mata tengok mark sekeluarga ni.. kenapa aku nangis sama ni, padahal family mark.. terasa kasih sayang dorang tu.. “
” Part nak berpisah ni yang paling tak best huhu.. touching tengok semua nangis macam ni.. Dgn aku pun auto sebak… Semoga dimurahkan rezeki kerap dpt berjumpa org tersyg.. “
” Ya Allah aku yg nangis tgok keluarga ni kasih Sayang setulus hati semuga Allah permudahkan segala urusan kita semua dunia dan akhirat aamiin aamiin aamiin ya rabbal alamiin.. “
Mark turut membalas satu komen yang diberikan oleh warganet :

Perpisahan adalah sesuatu yang menyakitkan untuk seluruh keluarga. Beribu batu terpisah dan pastinya memori indah yang mereka cipta bersama dalam masa yang singkat ini akan menjadi kenangan terindah. Semoga rezeki Mark melimpah ruah selalu dan dapat pulang ke kampung bersama isteri tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mark Adam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” One day ‘aku nikahkan akan dikau Nur Fatima Aisya’, arghh sedihnya membayangkan detik tu.. ” – Komen Netizen

