Artis / Selebriti
” Mark ni real entertainer. Ingatkan selama ni dia tak pandai menari, rupanya power menari.. ” – Komen Netizen
Video persembahan menarik Mark Adam menyanyi lagu Singkong sambil menari ala-ala Michael Jackson raih pujian ramai. Fuh hebat Mark menari, lembut betul gerakan kaki dan badan tu. Part dengan Ropie tu serius kelakar, haha..
Mark Adam salah seorang peserta Gegar Vaganza 12 yang sentiasa konsisten persembahannya. Saban minggu, Mark memberikan persembahan yang terbaik dan memukau penonton. Banyak idea Mark yang di luar jangkaan yang dilakukan untuk menyerlahkan lagi persembahannya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok F8buzz dan Kamarulzaidi, telah dikongsikan video persembahan kedua Mark di konsert separuh akhir GV membawakan lagu Singkong. Lagu ini rentaknya rancak dan Mark memberikan kelainan apabila menari ala-ala Michael Jackson sepanjang menyanyikan lagu tersebut.
Persembahan lincah daripada Mark itu meraih pujian daripada warganet. Sambil berjoget pun, suara Mark tetap maintain sedap. Gerak tari Mark yang lembut itu membuatkan warganet tidak puas menonton persembahan Mark. Satu percaturan yang baik daripada Mark kali ini.

Selepas selesai melakukan persembahan, artis jemputan pelawak terkenal Ropie muncul di pentas dan cuba untuk menari ala-ala MJ seperti Mark. Berdekah penonton di auditorium menyaksikan gelagat spontan Ropie dan Mark. Ropie dan Mark kedua-duanya lawak dan apabila bergabung menjadikan suasana gamat.
Jom tonton video di bawah :
@f8buzz Lain macam bila MJ bawa lagu Indonesia🔥 🎤✨ Gegar Vaganza 12 minggu kesebelas, separuh akhir. Tinggal 7 bintang berentap: Mell Sakura, Mark Adam, Nubhan, Shae, Ruri Repvblik, Mendua & Iskandar Ismail 📅 Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro GO • sooka #f8buzzhiburan #GegarVaganza12 #gv12 #markadam #singkong
@kamarulzaidi_ Mark Adam Vs Ropie Jackson Gegar Vaganza 12 – Minggu 11 Saksikan bintang bintang beraksi Setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria, Sooka & Astro One #CelcomDigiGV12 #GV12 #SemangatNo1 #Vaganzers #SembangEntertainment @Vaganzers Superfans @CelcomDigi @Astro Malaysia @sooka malaysia @Mark Adam 1079 @The Adam Family @ropie_sryn13579
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” JUARA NI.. Mark ni Real Entertainer.. Aku ingatkan selama ni dia tak pandai menari rupanya power mnari.. bijak mark persembahan mantap.. “
” Ni br level artis2.. penghibur.. suara sedap.. mark ni bukan hnya penyanyi…dia mmg performer…level dia… kalau lagu xbest pon org suke tgk persembahan dia… bnyk org boleh nyanyi… tapi xramai yg mampu perform baik dari segi suara mix plk dgn Gaya persembahan.. “
” Lagu lagu yang Mark Adam bawa semua di luar kotak pemikiran penonton dan juri. Siapa boleh jangka lagu macam ni jadi MJ.. Mark memang kreatif.. “
” Kasi JUARA Mark … Ni baru real entertainer.. smooth je kaki dia menari style MJ. Padu Mark, semua boleh.. Ini baru mark adam, duk tunggu lama dan energy macam ni.. “
” Mark Adam ni versatile, memang juara.. Mark ada banyak idea dan kreatif.. fuh smooth gile mark menari.. bulih nyanyi, menarik, Ada showmanship tersendiri.. “
” Aku ingatkan sapa la tadi. smooth je tarian.. mark adam rupanya. dia bukan saja menyanyi tapi menghibur. part mark dengan ropie tu sumpah lawak.. haha.. “
” Total entertainer vibes Mark Adam. Enjoy je Mark nyanyi dan joget tu. sape pnh terpikir MJ bawa lagu Singkong, The only one is Mark Adam.. “
Mark memang seorang yang kreatif dan siapa sangka lagu Singkong akan dibawakan dalam versi MJ seperti ini. Mark bukan hanya sekadar penyanyi tetapi penghibur sejati. Semoga Mark akan lebih bersemangat untuk persembahan final nanti dan ada kejayaan untuk Mark.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok F8buzz, Tiktok Kamarulzaidi Zaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adakah suami saya i macam pelik-pelik sikit atau pun memang macam tu lelaki ? ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang.. ” – Jai Faizal

