Connect with us

Artis / Selebriti

” Ala kenapa ternangis baca caption ni. Macam real la Jebat yang tulis.. ” – Netizen

Ucapan Sempena Ulangtahun Kelahiran Sharnaaz Ahmad Daripada Anaknya, Jebat Jayden Buat Ramai Tersentuh. Ikhlasnya Ayat Tu, Mesti Baba Baca Pun Menangis Ni Jebat. Menusuk Ke Kalbu !!

5 tahun yang lalu, Sharnaaz adalah bapa yang paling gembira ketika menimang cahayamata sulungnya pada hari lahirnya. Jebat Jayden menjadi hadiah ulangtahun kelahiran paling berharga buat Sharnaaz. Cepat masa berlalu, kini Jebat membesar menjadi anak yang bijak dan petah mulutnya.

Sempena ulangtahun Sharnaaz hari ini, satu coretan telah pun dituliskan di Instagram Jebat Jayden. Meninjau akaun Instagram Jebat, ucapan yang penuh bermakna itu membuatkan hati ramai yang membacanya tersentuh. Betul, Jebat dan Sharnaaz sangat akrab dan segalanya dilakukan bersama-sama.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Sharnaaz kerana menjadi Baba yang terbaik untuk Jebat. Turut ditulis janji Jebat untuk menjaga Sharnaaz sampai bila-bila. Alahai sayu betul ayat kapsyen ni, macam betul-betul Jebat yang menulisnya.

Turut dimuatnaik koleksi gambar kenangan Jebat bersama baabanya ini. Sayang betul Jebat pada Baba, begitu juga lah Baba sayang Jebat. Setiap hari tak pernah Baba miss masa bersama Jebat, itu semua orang tahu dan nampak segala peng0rbanan Baba untuk Jebat.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Hampir 28 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Siapa tulis caption nii touch1ng pulak.. happy birthday baba jayden.. pasti mommy yang tuliskan ni.. ”

” Kenapa boleh touching baca caption ni huhu.. Happy bithday baba jebat dan jebat jayden.. buddy for life.. ”

” Touching lahh baca.. Untung Jayden Ada baba… Untung baba Ada Jayden.. untung lagi mummy Bella Ada bekas husb n anak yg supportive.. happy berrdayy Baba and Jayden.. ”

” Dia punya kamcing dengan bapak dia sampai dia ngaku dia anak anto haha.. Jebat memang terbaik untuk baba dan baba terbaik untuk Jebat.. ”

” Ala kenapa ternamg1s baca caption ni. Macam real la Jebat yang tulis.. Mesti Jebat cakap pastu mommy tulis kan.. anak soleh baba.. ”

” Touching baca caption.. selamat hari lahir baba jebat dan jebat. moga jebat kotakan janji jaga baba macam mana baba jaga jebat ye.. ”

” Alooo sed1hnya caption.. happy birthday jebat and babah.. aunty follow your family since day 1.. yang aunty tahu mommy and babah nk lahirkan awak tarikh sama dgn babah.. moga jayden jadi anak yang baik buat mommy and babah.. ”

Sayu sungguh ayat Jebat untuk Baba ni. Seperti yang tertulis, memang semuanya Jebat lalui bersama dengan baba. Semoga Jebat akan menjadi anak yang terbaik buat Baba dan memegang janji untuk menjaga Baba. Selamat hari lahir Baba Jebat yang handsome dan macho. Semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jebat Jayden, IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT