Connect with us

Artis / Selebriti

” Kita yang tengok pun rasa touching, sweet betul Kapten Hanif.. ” – Netizen

Video Dayah Bakar Menerima Kejutan Daripada Suaminya, Kapten Hanif Di Airport Sempena Hari Lahirnya Buat Peminat Tersentuh. Alahai Sebak Pula Tengok Reaksi Dayah Terkejut Bila Tengok Suami Muncul. Sweet Sangat Part Dapat Hadiah Tu !!

Meninjau di akaun Instagram milik pengacara terkenal, Dayah Bakar telah berkongsi satu video yang memaparkan Dayah menerima kejutan daripada suaminya, Kapten Muhammad Hanif pada hari lahirnya. Tulis Dayah di ruangan kapsyen, Hanif telah datang bertemunya di lapangan terbang.

Menerusi video itu, Dayah sedang berada di sebuah restoran, Hanif telah datang secara tiba-tiba tanpa pengetahuan Dayah. Namun setelah Dayah perasan kehadiran Hanif, terus Dayah menjerit kerana terkejut dan mereka saling berpelukan.

Hanif membawa sepotong kek dan memberikan hadiah istimewa kepada Dayah iaitu seutas rantai tangan. Kongsi Dayah, dia tidak menyangka yang Hanif akan datang kerana ketika itu suaminya sedang sibuk membuat persiapan untuk Hari Kemerdekaan di Melaka.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian para peminat Dayah yang rata-ratanya turut tersentuh melihat cara Hanif membuat kejutan kepada Dayah. Sehingga kini, video Dayah bersama Hanif telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian tersebut, ramai telah memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Dayah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kita yang tengok pun rasa t0uching, sweet betul Kapten Hanif.. Happy birthday Dayah, semoga bahagia selalu dengan suami tercinta.. “

” Alololo Akak yang tengok ni pun senyum sorg2 ni Dayah.. Happy Birthday Dayah, semoga Dayah sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga.. “

 ” Dia tengk mata husband dia pun auto sy nang1s.. Rindu husband.. Dh lma tak jmpa… Nak masuk 3 thun tpi 4 kali ja jmpa.. Selamat hari lahir Dayah.. “

” Aishhh.. Kita pulak yg bejujuran air mata.. Hehe.. I lebiu Kak Dayah.. Semoga dipermudahkan semuanya InsyaAllah amin.. “

” Sebak pula tengok video ni.. Sanah Helwah Kak Dayah.. Semoga yang baik-baik sahaja mengiringi langkah akk sllu.. Aaamiin.. “

” Kak Dayah terkejut ke nk marah nii.. Kuat betul suaranya.. Hahaha happy birthday my lovely tutu Dayah.. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik2 selalu.. “

” Happy Birthday my dear Dayah.. Swwet juga rupanya Kapten yer.. Hehehe nampak muka gar4ng je.. Sekali buat kej0tan dekat wife, kita tgk pun tersenyum tau.. “

Alahai sweet juga rupanya Kapten Hanif ni, nampak macam pemalu. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Daya. S, semoga Dayah sentiasa dalam lindungan Allah dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG dayahbakar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT