Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku terbahak-bahak gelak. Abang Jatt boleh steady keras kejung dekat situ, haha.. ” – Netizen

Video Roy Azman Membuat Parodi Lagu Dendangan Asal Black D0g Bone, Hatiku Luk4 Lagi Di Hadapan Jatt Ali Buat Peminat Terhibur. Ad0i Bang Roy, Buat Perangai Overshadow Penyanyi Asal Ni. Muka Jatt Tahan Gelak Tu Kelakar !!

Roy Azman kini sedang bercuti di Jepun bersama beberapa lagi selebriti antaranya Dato’ Jalaluddin Hassan, Jatt Ali dan Dato’ Ramli MS. Pelbagai gelagat mereka bercuti bersama ada dikongsikan oleh Roy di akaun media sosial miliknya.

Jika sebelum ini Roy ada memuatnaik video ketika mereka sedang menikmati Ramen di sebuah restoran dan gelagat Roy yang cuba makan menggunakan chopsticks mencuit hati ramai peminat yang menontonnya.

Meninjau entry terbaru Roy di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video parodi yang membuatkan peminat terhibur. Dengan menyuruh Jatt Ali berdiri di hadapan kamera, Roy berlakon seakan dirinya menyanyikan lagu dendangan Jatt bersama kumpulan Black D0g Bone.

Bukan main lagi Roy, dengan menyor0k belakang Jatt, ditambah gayanya menghayati lagu tersebut memang kelakar dibuatnya. Boleh pula Jatt menahan ketawa melihat gelagat Roy. Kalau orang lain ini tentu sudah tergelak besar.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Roy ini telahpun meraih lebih 3000 likes daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Buat hal la bang roy azman … kalau saya yang berdiri situ kompem berdekah tak boleh tahan dah. Macam mana lah abang Jatt boleh tahan eh.. “

” Tak penat ke abang jattalibdb tahan gelak. cuba angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk ikut tunjuk iya2 saya2 sikit haha.. “

” Wat perangai sokmo abang Roy ni. Mampu plak Jatt tahan gelak tu haha. Kita yang tengok ni pen4t gelak tau tak haha.. “

” Aku terbahak-bahak gelak.. macam mana abang jatt boleh steady keras kejung dekat situ hahha. gelak jela bang jattt.. pen4t menahan tu.. “

” Adoii abang Roy sesekali mer0yan dia Mai… jem. Kreemm saraf urat muka Aku gelak.. Kompom jatt tahan gelak tu haha.. “

” Abg Jatt tu mcm tahan nk ketawa jer, kental tahan gelak tu haha. Kalau aku terbur4i dah gelak tngok Roy ni.. “

” Boleh tegak je ehh. Kalau saya dh tergelak kat situu. Penyanyi asal senyap je.. tahan tu. pasrahhh je lahh kalau dengan abg roy. tak pernah tak lawak skrg.. “

Macam-macam hal sungguhlah Roy ni, tentu percutian ini sentiasa meriah dengan hilai ketawa. Semakin hari semakin lawak Roy, terhibur betul warganet dengan telatah Roy. Selamat bercuti dan teruskan menghiburkan teman-teman sepanjang percutian.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Roy Azman, IG Jatt Ali

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT