Artis / Selebriti
” Aku tabik spring dengan cara Bella bawa diri. Dia tau batasnya.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah menaiki jetski bersama tanpa memegang YB Syed Saddiq raih pujian warganet. Fuh, another level lah Bella, boleh kawal keadaan macam tu. Langsung tak jatuh walaupun hanya berpaut dengan jaket YB jer..Β
Meninjau di akaun TikTok milik stylefashionpv,Β telah dikongsikan video yang memaparkan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq menaiki jetski bersama. Menerusi video itu, kelihatan Bella dan YB Saddiq mengenakan pakaian baju kurung serta baju Melayu ketika menaik jetski tersebut.
Jetski itu dibawa boleh YB Saddiq dan Bella duduk di belakangnya. Namun, apa yang menjadi perhatian adalah, Bella yang tidak memegang YB Saddiq ketika menaiki jetski itu. Kalau dilihat, Bella hanya memegang jaket keselamatan YB Saddiq sahaja.
Perkongsian video ini juga telah menarik perhatian warganet dan para peminat Bella serta YB Saddiq. Ramai yang memuji sikap Bella yang masih menjaga batasnya tidak bersentuhan dengan YB Saddiq. Bukan itu sahaja, seloroh warganet, Bella seorang wanita yang kental kerana meskipun berpaut dengan jaket YB Saddiq, Bella tidak jatuh walaupun jetski yang dibawa YB Saddiq bergerak sangat laju.
Sehingga kini, video Bella dan YB Saddiq itu telah menerima lebih 11000 komen dan ditonton melebihi 3 juta tontonan ketika artikel ini ditulis. Wow, dalam masa yang sama, pasangan ini kelihatan sangat romantik seperti sedang dilamun cinta.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@stylefashionpv YB korang nie happy betul boleh naik jetski ek π berpanas hujan pon tak kisah, masih dalam dunia mereka ekk π€
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya memuji dengan apa yang dilakukan oleh Bella tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku tabik spring dgn cara bella mbawa dri. dia tau batasnya. Bygkn, dia cuma brpaut kt jaket ybss, dia mampu kawal Nervous dia msa atas air bgitu. Didikkan mak bella mmg another level.. “
” Wanita macam ni yg kita nak. Nampak lembut tapi tak lembik, nampak manja tapi tak mengada2.. Semoga Bella bertemu kebahagiaannya.. “
” Steady je Bella,dgn bju kurung nya.. Duduk plk mcmtu, boleh control dduk blkng… Klu aku dh terkangkang dalam laut tu, hahaa.. “
” Apa lah yang diaorang borak kan tu kan.. Semoga jodoh dan takdir Allah untuk DAYANG NABELLAH dan SYED SADDIQ.. “
” Suka la bella ni tak pernah ambil kesempatan nak menggedik mengada menggatal, hebat betul pegang jacket YB je boleh tahan, kalau aku dah terbang dah brek macam tu.. “
” Haahaaha cubaan waibee pelantingkan bella ker tu.. Salah orang la waibee… Itu bella la, ombak kehidupan pun dia mampu lawan apatah lagi stakat ombak laut.. “
” Bella duduk macam tu je ek. Tak terpelanting pon. Kalau aku rasanya kain dah tertutup kepala, kepala dalam air.. Terbaik lah Bella.. “
Difahamkan video tersebut diambil ketika Bella dan YB Saddiq berada di Sabah baru-baru ini ketika melakukan misi bantuan dan mempromosikan pakaian hari raya kerana Bella dan YB Saddiq merupakan duta butik pakaian sebuah jenama popular. Apa-apa, pun, kita doakan yang baik-baik buat Bella dan YB Saddiq. Semoga segala urusan mereka sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok stylefashionpv
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen