Artis / Selebriti
” Aku ingat aku yang bertunang.. ” – Erma Fatima
Muatnaik video majlis merisik dan bertunang, perkongsian Erma Fatima raih perhatian ramai. Amboi Erma, siap pegang bunga dan feeling-feeling lagi, sampai ada yang geram, hehe..
Pengarah dan producer terkenal, Erma Fatima bukan nama asing untuk peminat drama Melayu tempatan. Drama-drama cetusan idea Erma seringkali mendapat liputan dan sambutan hangat daripada penonton. Tidak hanya soalan kerjaya, kehidupan peribadi Erma juga menjadi sorotan ramai.
Menerusi perkongsian terbaru Erma di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis merisik dan bertunang. Ianya turut dihadiri oleh Erma dan Betty Rahmad. Acara dimulai dengan pembuka bicara daripada pihak lelaki dan Erma menjadi jurucakap bagi pihak perempuan.
Indah tutur kata dan cukup memudahkan urusan, Erma memberitahu pihak lelaki perihal mas kahwin yang perlu diberikan. Bukan wang ringgit yang diutamakan tetapi ada perkara lain yang lebih dititikberatkan oleh pihak perempuan. Pada ruangan kapsyen pula, Erma menulis ‘ Ingatkan aku yang bertunang ‘.

Pada awal video, Erma berlakon sebagai bakal tunangan orang, dengan jambangan bunga mawar merah di tangan. Ramai yang terhibur dengan kapsyen Erma itu. Pada akhir video, ada Erma tunjukkan kepada semua siapa yang sebenarnya bertunang dalam majlis tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Adoi nasibbaik laaa I xsuruh u yg letak mas kawin i.. kalau tak 5thn belum tentu I dpt kawin hehe.. “
” Tunang Kak Erma dekat LIMA Langkawi laa.. siap pegang bunga berfeeling feeling ni.. haha tahniah mama Erma, ain yang tunang ye.. “
” Alhamdulillah moga selamat majlisnya, segala urusan dipermudahkan. seronok tengok majlis macam ni.. tenang je.. “
” Alamak Betty Rahmad, she bertunang la haha.. baju dan betul macam tunang tu, alang alang sekali lagi tunang Erma.. “
” She siap feel malu malu tu.. tu yang geram tengok haha.. Alhamdulillah. terbaik dan mudahkan semua pihak. ni apoo anak org biasa² tp demamd sampai langit ke 7.. “
” Tahniah Erma.. siapa tahu suatu hari nanti, percakapan itu doa.. heheh bte ain ke yang tunang tu.. cantik manis, simple je majlis tunang.. “
” Baca kapsyen dah tergelak. mak cun mak cun.. ingatkan mak semah yang tunang haha.. Kak Erma ni kan penat gelak tau haha.. “
” Subhanallah.. bagusnya perbincangan begini.. tak letak syarat tinggi utk mas kahwin, demand macam2.. cukup sekadar senaskhah Al Quran yg dibaca dgn tartil.Tahniah kak ermafatima sekeluarga.. “
Pujian harus diberikan kepada keluarga Erma kerana melakukan perbincangan yang sangat memudahkan. Boleh dijadikan ikutan untuk bakal pasangan lain yang ingin melangkah ke alam perkahwinan. Apa-apa pun, semoga segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen

