Artis / Selebriti
” Aku ger4m betul kalau tengok Fikry usik mak dia. Macam-macam dia buat, haha.. ” – Netizen

Video Fikry Ibrahim Menyuruh Ibunya Untuk Berkahwin Lagi Buat Ramai Terhibur. Amboi Fikry, Part Plan Suruh Kikis Harta Tu Memang Lawak Betul, Gelak Mak Fikry. Nasib Lah Makcik Dapat Anak Kuat Menyakat Macam Fikry Ni, Hehe !!
Bagi yang suka mengikuti perkembangan pelakon kacak, Fikry Ibrahim pasti mengetahui yang Fikry suka berkongsi video menyakat ibunya, Bibi Zaleha dan memuatnaik ke akaun media sosial untuk tatapan umum. Boleh dikatakan semua video Fikry bersama ibunya itu buat ramai terhibur.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, sekali lagi Fikry telah memuatnaik video bersama ibunya. Kali ini Fikry telah menyuruh ibunya untuk berkahwin lagi. Mendengar apa yang dipinta oleh Fikry itu, terus Bibi Zaleha ketawa. Alahai ada sahaja idea Fikry menyakat ibunya.
Fikry mengatakan ada seorang jejaka yang berusia 40 an dan mempunyai harta yang banyak telah meminati Bibi Zaleha. Fikry meminta ibunya untuk berkahwin dengan lelaki tersebut agar membel0t harga lelaki itu dan memberikan kepadanya.
Namun Bibi Zaleha tidak mahu dan mengatakan kembali kepada Fikry lelaki tersebut tidak akan memberikan harta kepada mereka. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet serta hingga kini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video Fikry dan terhibur melihat cara Fikry menyakat ibunya. Antara komen-komen warganet adalah :
” Aku ger4m betul kalau tengok Fikry usik mak dia, macam-macam dia buat, haha.. Plan baiknya punya siap suruh mak kikis harta.. “
” Amboi Fikry, sakan hang noh, siap suruh mak hang menikah lagi.. Jngan bagi mak hang plk cakap dia nak menantu haha.. “
” Sulaiman Akhlakhen dari Isketambola tu Makcik. Rogi tak mau, ada harta dlm negeri & luar negeri.. Bertuah betul anak, hahahaha.. “
” Dulu suka usik mak macam tu, haha mak kata jaga hang sorang pun aku dah pen1ng nak jaga laki tu pulak.. “
” Hahaha akak pn suka sakat mak akak suruh dia kawen, tp dia jwp takmo.. Suka tengok Fikry menyakat mak, nampak comel.. “
” Best ada anak lagu nii…Tak kering gusi mak ni tengok perangai anak suka menyakat.. Semoga mak Fikry selalu sihat ya.. “
” Semoga makcik sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kesembuhan.. Makcik kata balik ‘ hg carik menantu utk mak dlu’ .. “
Fikry kalau tak menyakat memang tak sah, ada sahaja yang nak diusiknya sehinggakan ibunya tak henti-henti ketawa. Apa-apa pun terbaik lah Fikry, sentiasa ada di sisi ibu dan menjaga dengan baik. Semoga ibu Fikry diberikan kesihatan yang baik serta bahagia bersama Fikry.
Silakan SHARE..
Sumber : IG fikryibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen