Artis / Selebriti
” Aku dah berdekah part Tunku Zabedah cubit Tengku Muhammad tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Tengku Hassanal Dan Tengku Muhammad Mengusik Ibu Saudara Mereka, Tengku Besar Zabedah Ketika Majlis Berinai Buat Ramai Terhibur. Boleh Tahan Nakal Kekanda-Kekanda Tengku Afzan Ni. Part Kena Cubit Dengan Tengku Zabedah Tu Kelakar, Haha !!
Istiadat perkahwinan diraja antara YAM Tengku Afzan Aminah Hafizatullah diteruskan dengan majlis berinai pada malam tadi. Tengku Afzan tampil anggun dan berseri-seri dalam busana kurung modennya. Seluruh keluarga diraja Pahang pula mengenakan baju sedondon berwarna biru.
Selain terpegun melihat Tengku Afzan yang cantik, gelagat kekanda-kekandanya ketika majlis berlangsung juga menarik perhatian warganet. Meninjau akaun Tiktok Maliazlndpa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Tengku Hassanal dan Tengku Muhammad ketika ibu saudara mereka, YAM Tunku Besar Zabedah Maimunah Iskandar menyempurnakan istiadat berinai.
2 beradik ini dari awal asyik mengusik sahaja Tengku Afzan yang berada di atas singgahsana. Ketika Tengku Besar Zabedah turun dari singgahsana untuk kembali ke tempat duduknya, sempat Tengku Muhammad menyakat sambil ketawa. Dapat dilihat Tengku Hassanal turut merakamkan video gelagat ibu saudara mereka itu.

Akibatnya Tengku Muhammad dicubit oleh ibu saudara kesayangannya itu. Tengku Hassanal pula yang geli hati turut sama ketawa bersama adindanya. Kelakar juga 2 putera raja ini, sama-sama suka menyakat. Seronok warganet melihat ‘kenakalan’ Tengku Muhammad dan Tengku Hassanal itu.
Jom tonton video di bawah :
@maliazlnpda comel je kekanda TAP 🤭😂 🥰 #tengkuampuanpahang #tengkuafzan #tengkuafzanaminahhafizatullah #FDizham #tengkuarifbendahara #tengkumahkotapahang #tengkuhassanal #royalpahangfamily #RoyalPahang #PahangRoyalFamily #RTM #BeritaRTM
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku dah berdekah part Tunku Zabedah cubit tengku Muhammad tu haha. TAP repost ya.. Perangai tengku Hassanal dengan Tengku Muhammad.. ”
” Tengku Muhammad memang selalu happy go lucky. Jangan bagi duduk sekali dengan Tengku Hassanal, dengan Tengku Hassanal pun ikut masuk air haha.. ”
” Tunku Besar Zabedah memangla fun and loving aunt.. Tengku Jihan dah cuak tu.. apa benda lah mak sedara aku nak buat ni haha.. ”
” Allahu paling random sangat ni heheh.. Kemain gelak besar Tengku Muhammad mengusik aunty dia haha.. ”
” Tengku Muhammad dengan Tengku Hassanal buat perangai erk haha.. Kelakar, rare habis ni. Anak sedara pun sama naik.. ”
” Tengku Hassanal dah tak boleh tahan gelak.. Diorang ni random sangat kenapa eh. terhibur tengok telatah 2 beradik ni.. ”
” Mak sedara pun kelakar, comel je semua.. msti maksedara yg paling rapat dn sporting dngn ank sedarakn…. slalu mengusik ank2 sedara kn.. ”
Comel sahaja gurauan antara ibu saudara dan anak-anak saudaranya itu. Ada ibu saudara yang kelakar dan sporting seperti ini memang akan memeriahkan suasana. Pasti ramai yang tak sabar menunggu majlis perkahwinan Tengku Muhammad tidak lama lagi. Semoga semuanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Maliazlnpda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden

