Connect with us

Artis / Selebriti

” Adoi berkicap mata aku. Part dia c1um Tiara, aku tak tahan, ghiyau dah.. ” – Netizen

Video Achey Bocey Menerima Kejutan Hadiah Kereta Daripada Choii Buat Warganet Tersentuh. Rezeki Orang Baik Ramai Yang Sayang. Paling Sayu Part Achey Dengan Tiara Tu. Tersentuh Sangat !!

Menerusi akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Achey menerima kejutan hadiah sebuah kereta daripada Choii. Ini adalah pengotaan janji yang Choii buat kepada Achey ketika accountnya kena shadow band dan meminta Achey mempromosikan barang jualannya.

Janjinya adalah sekiranya dia mencapai nilai yang diinginkan, Achey akan diberikan sebuah kereta Ford Rangers. Malam ini menjadi saksi, Choii memberikan Achey hadiah yangΒ  lebih daripada jangkaan Achey. Choii juga berkata, dia ingin membuat Achey menangis kerana kejutan ini.

Klik gambar untuk info..

Menerusi video ini, Achey kelihatan tidak dapat menahan air mata ketika melihat hadiah kereta di hadapannya. Air mata kesyukuran Achey kerana usahanya dihargai oleh Choii. Turut sama hadir adalah Anne dan anak mereka, Tiara Zinnirah Nasir.

Tersentuh hati warganet melihat Achey mencium Tiara. Tiara juga antara asbab rezeki Achey sentiasa murah dan tidak putus. Bukan anak dari benih sendiri, namun dijaga seperti anak sendiri dan menatang minyak yang penuh, ini ganjaran Allah untuk kebaikan dan kasih sayang Achey.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Adoiii berkicap mata aku memalam nie … qasa sebak tue sampai, sampai basah mata aku.. lagi-lagi bila achey cium tiara tu.. pembawak rezeki budak bertuah ni.. ”

” Tiara ni mcm tuah utk mak ayah dia.. sejak dia ade, mencurah-curah rezeki achey sekeluarga.. Part dia cium anak aku tak tahan aku ghiyau dah.. ”

” Tgk la tiara candy dia pun,, ade je org bli,, dri situ la dia dpt bli kereta jnzah untuk kegunaan org rmai. Aku yg sedih part dia cium Tiara… tahniah Achey n fams.. ”

” Achey dia tak penah lupa untuk peluk bini dia walau apa pun situasi.. mungkin rezeki zuriat belom lagi tapi Allah bagi kau rezeki lain bang . jangan sedih . Allah maha adil.. ”

” Tiara tu p’bwa rzki wt achey n isteri.. alhamdulillah. Smg b’tmbh murh rzki akak doakn wt achey sekeluarga.. ”

” Asal aku sebak time tiara datang bagi cium achey tu. adui mengalir air mata aku. bukan dari benih sendiri tapi berkat kasih sayang Achey curah macam anak sendiri, Allah balas dengan banyak rezeki.. ”Β 

” Ishh la, patut aku happy tgk video ni.. tapi Bab dia cium anak dia , Aku xleh tahan jurai2 ayaq Mata Aku ni.. org baik ramai syg.. .teruskan acheykintangkintung usaha anda.. smg sentiasa dmurahkan rezeki dberikan kesihatan yg baik2 dpermudah sgl urusan dunia akhirat aamiin.. ”

Klik gambar untuk info..

Terharu dan menangis sama warganet melihat Achey dan Tiara. Benar kata orang, anak ini pembawa rezeki. Mungkin belum rezeki zuriat sendiri tetapi Allah hujani Achey dengan rezeki yang melimpah ruah. Semoga Achey terus success dalam semua yang Achey usahakan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Achey Bocey

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT