Artis / Selebriti
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen

Video adik Amira Othman, Irfan Haris menyanyikan lagu Fattah Amin, Wanita Terakhir raih pujian ramai. Wah sedap lagu ni versi Irfan. Tak sangka, Fattah pun ada tinggalkan komen dan request sesuatu. Kalau jadi macam yang Irfan respon tu memang gempak lah..
Gosip hubungan cinta Fattah Amin dan Amira Othman sebelum ini menjadi viral, namun sebenarnya ianya hanya lah gimik untuk single terbaru Amira berjudul Bila Nak Kahwin. Sekali pun umum sudah mengetahui ianya gimik, namun masih ramai yang berharap agar Amira dan Fattah ada jodoh untuk bersama.
Meninjau entry di akaun Tiktok Irfan Haris, telah dikongsikan satu video yang memaparkan adik Amira, Irfan mendendangkan lagu popular Fattah, Wanita Terakhir. Suara dan vokal Irfan tidak perlu dipertikaikan kerana Irfan sememangnya bersuara lunak dan merdu.
Nyanyian Irfan ini menghiburkan semua pendengar dan ada yang mengatakan tone suara Irfan seakan-akan seperti Fattah. Ramai juga yang mengusik mengatakan Irfan menyanyi lagu bakal abang iparnya. Irfan tidak mudah melatah dan mengaminkan sahaja semua doa-doa warganet untuk Fattah dan Amira.
Andai kata berjodohan, warganet sudah dapat membayangkan Irfan yang bakal menghiburkan semua tetamu di majlis kahwin Amira. Ada-ada sahaja usikan warganet terhadap Fattah dan Amira kerana mereka kelihatan serasi dan sesuai jika bersama.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@irfannharis sambutlah cintaku duhai sayang 🙂
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 41 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Nyanyi lagu bakal abang ipar hehe.. adik yang supportive juga seorg anak yang baik suara sedap.. “
” Nyanyi lagu abang long ke tu, erceyyy erceyyy.. kira dah dapat restu la ni kan.. Irfan memang main peranan betul.. “
” Adik pun faham assignment macam mana ni hehe.. Kak Long haritu dia nyanyi ms live sedap sangat.. “
” Sy dh dpt bygkn dah fattah ats plamin dgn Amira lps tu Irfan ni nyanyi wat prsmbhan mse dorg sanding. hahahaha meriah.. Sedapnya suara irfan haris.. “
” Abang long Fattah repost tu.. berbunga-bunga dah ni hati aku ni.. jom aminkan Fattmira gitewww.. “
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long.. ehem ehem.. penat like sume komen dlm ni.. sbb suka sgt.. abg long dan kaklong.. klu lh bjodoh fatahmira kannn rsa kedua2 fmly restu sesngt sb jenis fmly dia org sama2 soft spoken.. “
” Lain macam bakal adik ipar fattah amin ni, approved jugak ke tu hehe.. best lah suara Irfan ni.. kalau boleh teringin nak tengok Fattah dan Amira nyanyi sama-sama.. “
” Amboi nyanyi lagu abang ipar nampak.. best lah suara Irfan, nak sama dah dengan suara abang long Fattah.. “
Fattah juga turut meninggalkan komennya di posting ini :
Sedap suara Irfan menyanyikan lagu trademark Fattah ini. Nampaknya bukan hanya warganet yang restu, Irfan pun sepertinya menyambut baik kehadiran Fattah. Jika Irfan, Amira dan Fattah berpadu suara, tentu lagi sedap lagi ini nanti. Moga-moga ada cover mereka bertiga selepas ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Irfan Haris, IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mak, along nak rampas dia punya kekasih mak. Dia cuba caras, pakai kasut Fattah mak.. ” – Betty Rahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bunda kata amazing, memang power, international singer. Nak nangis dengar, serius meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Liza Aziz rap terkeluar style Almarhum ibunya, Normadiah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masuk air betul lah Sharnaaz, berdekah Ameera kena sakat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Aku baca komen semua, engkau ni kahwin paksa Fikry. Kau kena betulkan benda ni.. ” – Ain Edruce