Artis / Selebriti
” A lil sneak peek of my photoshoot yesterday to seal off year 2024.. ” – Fatima Aisya
Fazura kongsi video sesi photoshoot anaknya, Nur Fatima Aisya raih perhatian warganet. Amboi Nyamma, bukan main lagi dia posing, melentuk-lentuk badan tu. Dah macam gaya mommy sangat lah, super cute..
Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak mereka begitu juga lah dengan Fazura. Demi memastikan Fatima sentiasa gembira dan bahagia, banyak yang Fazura lakukan untuk puteri kesayangannya ini. Baru sahaja semalam Fazura kongsikan moment Fatima ketika memotong rambut.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Nurfatimaisya, telah dikongsikan pula satu video yang memaparkan Fatima sedang menjalankan satu sesi photoshoot. Ini adalah sebagai kenangan untuk Fatima sebagai penutup tahun 2024.
Fatima mengenakan baju kemeja putih dan seluar jeans biru untuk photoshoot ini. Fatima memang sudah biasa beraksi di hadapan kamera dan anak kecil ini tidak kekok untuk melakukan banyak gaya-gaya yang menarik. Comel sahaja gaya Fatima memberikan pose sepanjang sesi ini.

Semakin menyerlah kecomelan Fatima dengan gaya rambut barunya itu. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Fatima ada bakat untuk menjadi model seperti mommynya. Fatima juga turut memudahkan kerja photographer dan memberikan kerjasama yang baik.
Jom tonton video di bawah :
Banyak gambar-gambar menarik Fatima, tentu sukar untuk memilih mana satu pose terbaik. Fatima juga kelihatan meneliti satu persatu di skrin laptop semua gambarnya yang telah diambil oleh jurugambar. Bukan main lagi Fatima, melentuk-lentuk badan dan kaki ketika posing.

Gambar yang akan menjadi memori indah untuk Fatima lihat kembali apabila Fatima besar nanti. Banyak lagi koleksi gambar Fatima yang akan menyusul nanti dan pastinya mommy sudah merancangkan yang terbaik untuk Fatima. Apa-apa pun, Fatima anak yang bijak dan bakal menjadi insan yang hebat seperti mommy dan daddynya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurfatimaisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

