Artis / Selebriti
” 5 minit sebelum persembahan kedua, tekak Amad tiba-tiba jadi perit, bahu Amad jadi berat dan sakit.. ” – Siti Sairah
Siti Sairah kongsi video kejadian yang berlaku di back stage sebelum Amad membuat persembahan buat ramai sebak. Ya Allah, sayu dengar Amad merintih sakit tu. Kesiannya Amad, sampai macam ni sekali..
Kita merancang namun Allah yang menentukan. Itu lah yang terjadi kepada anak Siti Sairah, Amad Dayyan apabila Amad tidak dapat menyempurnakan nyanyiannya di pentas Grand Finale Talk To My Manager dengan baik gara-gara terjadi sesuatu yang di luar jangkaan.
Terlalu banyak spekulasi yang berlegar di media sosial. Ada yang mengecam Amad mengatakan Amad berdrama namun realitinya, hanya yang berada di back stage mengetahui apa yang Amad alami. Malah Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga sudah pun memberikan penjelasan agar semua menghentikan kecaman terhadap Amad.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Siti Sairah, telah dikongsikan suasana sebelum Amad melakukan persembahan. Kata Sairah, Amad seperti biasa dan ceria ketika pembukaan TTMM. Tiada ada yang pelik terjadi sehinggalah saat ketika Amad sedang bersedia untuk persembahan kedua.

Amad secara tiba-tiba mengalami perit tekak dan di situ wajah Amad sudah menampakkan menahan kesakitan. Saat getir apabila Amad mengadu bahunya berat dan terasa sakit. Sedih melihat wajah Amad yang sedang sakit itu dan ini membuatkan warganet tersentuh hati.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet dan ramai yang menyuarakan kesedihan melihat keadaan Amad. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Allahuakbar.. dengar dia sebut ‘berat’ tu menangis aku. moga cepat sembuh Amad.. InsyaAllah come back stronger.. “
” Kepada sesiapa yg buat dajjal ni, moga tak aman lah hidup dia.. menganiaya budak dgn benda2 khurafat.. hidup takde agama.. “
” Kesian amad..semoga amad di jauhkan dr benda2 xbaik terutama bnda yg tidak nampak dr mata kasar..stay strong comeback stronger.. “
” Bidang agama pun org main sihir, apatah lagi bidang seni. Semoga Amad kuat.. dikurniakan dan kesembuhan dari sebarang sakit mahupok gangguan. Semoga Amad dan family sentiasa dalam lindungan Allah swt. Aaminn.. “
” Sedih sgt tengok Ahmad. tang sanggup nak tengok yang last tu.. sakit hanya amad yang rasa.. Awak akan terus berjaya.. “
” Baru tengok video dkt insta story videografer syzwn.mrg detik2 amad ketika “sakit”. semoga Allah melindungi kita semua.. “
” Tak tahan airmata tengok Amad merintih sakit macam tu. Kenapa lah ada yang nak berdengki dengan budak macam ni.. kesian Amad.. “
Tidak tergambar bagaimana risaunya semua orang di belakang pentas melihat keadaan Amad ketika itu lebih-lebih lagi Sairah dan suaminya, Idan. Semoga keadaan akan kembali pulih seperti biasa dan Amad juga sihat dari sebarang gangguan halus yang tidak terlihat dengan pandangan mata kasar. Terus kuat Amad.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sairah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

