Artis / Selebriti
” 3 kali ulang tengok,3 kali juga nangis. Memang ‘sampai’ rasa itu ke dalam jiwa dan hati.. ” – Netizen

Video Filem Pendek Raya Lakonan Sharnaaz Ahmad Dan Beto Kusyairy Buat Ramai Sebak. Sedihnya Part Last Bila Sharnaaz Peluk Beto, Begitu Menjiwai Watak !!
Seminggu lalu, sempena ulangtahun ke-10 penubuhannya sebuah jenama pakaian baju Melayu telah tampil menghasilkan filem pendek berjudul ‘Mak’ . Filem yang dibarisi oleh duta-dutaΒ jenama tersebut seperti Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Amir Ahnaf, MK K-Clique, Meerqeen dan lain-lain lagi.
Difahamkan filem pendek tersebut mengisahkan cerita sebenar pengusaha jenama pakaian itu sendiri.Β Perjalanan jalan ceritanya sangat menyentuh hati dan berkisahkan seorang remaja bernama Hilmi yang dahagakan belaian kasih sayang ibunya.

Klik gambar untuk info..
Filem βMakβ menjalinkan kisah kerinduan seorang anak yang mana ibunya sudah pergi buat selama-lamanya dan harapan ibu yang tidak berbelah bahagi. Meninjau di akaun Instagram pelakon Umie Aida, turut berkongsi sedikit sedutan akhir filem itu kepada umum.
Perkongsian video tersebut mengundang rasa sebak dan pilu di hati penonton. Ramai yang mengatakan jiwa mereka meruntun ketika menonton filem pendek tersebut, ditambah lagi lakonan mantap daripada Beto dan Sharnaaz yang sangat menjiwai watak yang diberikan kepada mereka.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video ini dan meluahkan rasa sebak menonton lakonan hebat Sharnaaz serta Beto. Antara komen-komen menarik adalah :
”Β 3 kali ulang tengok,3 kali juga nangis. Memang ‘sampai’ rasa itu ke dalam jiwa dan hati.. Semua pelakon hebat-hebat, menjiwai watak.. “
” Tadi lepas solat zohor aku baring buka FB tiba2 nmpk iklan ni ya Allah jujur aku cakap memang mengalir air mata aku dah la puasa nangis pulak tengok sebab sedih sangat semua pelakon hebat2 aku bagi 1000 bintang.. “
” Lakonan Abg Beto mmg sangat mantap.. Bakat lakonan dia ibarat emas permata yg sangat bersinar dan susah untuk digantikan dgn yg lain.. “
” Patutnya drama pendek raya ni tayang kat TV.. Iklan time2 nak raya ni. Bagi ia suntik hati nurani anak2.. Nak Raya Ni.. Sesuai sangat tayang kat TV.. “
” Yang dah kehilangan ibu, pasti akan merasai moment ni. 18 tahun dah tak rasa pelukan ibu. Tapi Allah Maha baik, hantarkan acik2 kat masjid yang sentiasa peluk dan cium lepas solat.. “
” Ni baru Pelakon Gred A. Kurang kontroversii, lakonan mantap terus sampai dalam hati.. Dorang menang mu.. Terbaek.. Semua layak menang award.. “
” Bila melibatkan sosok seorang ibu.. Pasti kita terkesan kan.. Tengok petang semalam di IG Sharnaaz Ahmad.. Terus mengalir airmata…hebat lakunan ibu Fatimah dan Beto.. “
Kasih ibu sehingga ke syurga. Mesej untuk kita semua agar sentiasa beringat yang kejayaan yang kita diperolehi datangnya daripada doa kedua ibu bapa kita. Apa-apa pun, hargailah kedua ibu bapa kita dan sayangilah mereka sepenuh jiwa raga selagi ada peluang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG umieaida9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura