Artis / Selebriti
” You rasa kalau Intan try you, you cair tak ? ” – Mimi Lana

Video Mimi Lana dicabar buat prank call untuk mengorat Zahiril Adzim buat ramai terhibur. Alamak Intan nak try Falah lah pulak. Tapi tak sangka, ini respon Falah..
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan Mimi Lana menjadi artis jemputan di konti radio Era telah meraih perhatian ramai. Menerusi video ini Mimi cuba membuat prank terhadap Zahiril Adzim.
Umum mengetahui yang kedua-dua selebriti ini merupakan pelakon drama berjudul Andai Tiada Dia yang mana Mimi memegang watak sebagai Intan, manakala Zahiril pula sebagai Falah. Namun pada episod yang ke 29, watak Intan telah ditukar kepada Alicia Amin kerana Mimi sibuk dengan komitmen yang lain.
Jadi Mimi cuba menghubungi Zahiril untuk cuba memikat hati Zahiril atau Falah. Ini kerana watak Intan merupakan watak penyondol yang merampas suami kepada kakak sendiri. Kali ini Intan cuba untuk menyondol lagi suami kedua kakaknya.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 200 tanda suka daripada warganet dalam tempoh tidak sampai satu jam ia dimuatnaik. Respon yang diberikan oleh Falah sememangnya tidak disangkakan. Sampai Haziq dan Shasha juga turut ketawa mendengar jawapan Zahiril.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Sib baik prank kalau x tidooo luar Bobb.. aku lagi suka intan mimi Lana dr intan yg skrg x kena lgsg x da vibes intan skrg.. “
” Mimi lana cantik.. Kembalikan Intan yg lama dlm ATD,watak jahat pelakon yg ganti mimilana dlm ATD tu tak cukup jahat.. “
Drama Andai Tiada Dia merupakan drama bersiri yang disiarkan di saluran Astro Ria pada jam 10 malam setiap hari isnin sehingga khamis. Drama ini telah mencuri perhatian ramai lebih-lebih lagi apabila menonton lakonan Mimi Lana dan Ummi Nazeera yang begitu menjiwai watak.
Drama ini masih ditayangkan di kaca televisyen namun watak Mimi Lana sudah bertukar kepada Alicia Amin. Untuk info, drama ini diadaptasi daripada novel dan pastinya ramai menantikan kesudahan drama ini sama ada ia seperti dalam novel atau pun tidak. Sama-sama kita nantikan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen