Artis / Selebriti
” Terkejut Mimi bila tahu tu Syafiq. Suara bakal suami tak kenal ye Mimi, haha.. ” – Komen Netizen
Video Syafiq Kyle menyamar sebagai pemanggil prank Mimi Lana marah Intan buat ramai terhibur. Amboi berapi Syafiq marah Intan yer, geram sangat tu. Mimi boleh tak kenal suara Syafiq. Terkejut Mimi bila tahu Syafiq yang call tu, haha..
Kehadiran Mimi Lana ke konti Era bersama Haziq dan Shasha meraih perhatian pendengar. Nama Mimi menjadi perbualan ramai kerana lakonannya dalam drama Andai Tiada Dia. Ramai yang geram dengan watak Intan yang menggoda suami kakak kandung sendiri sehinggakan bercerai berai dan roboh perkahwinan si kakak.
Tidak hanya penonton yang geram dengan Mimi, malah kekasih hati Mimi, Syafiq Kyle juga tidak ketinggalan marah dengan watak Intan. Meninjau entry di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Syafiq menelefon ke konti Era dan menyamar sebagai pemanggil.
Syafiq diberikan peluang untuk bercakap dengan Mimi bagi meluahkan rasa geramnya dengan watak Intan. Kata Syafiq, isterinya sangat marah dengan Intan. Mimi pula tidak menyedari yang bercakap di talian itu adalah Syafiq. Reaksi wajah Mimi ketika Syafiq memberitahu dia adalah Syafiq Kyle sangat comel.

Haziq turut bertanyakan kepada Syafiq mengenai karakter sebenar Mimi dan ternyata Mimi lagi garang berganda-ganda daripada Intan. Kata Mimi dan Syafiq, yang dipaparkan dalam drama itu hanya 20 peratus sahaja kegarangan Intan berbanding diri Mimi yang sebenar.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nyampahnya eee haha comel lah Mimi Lana ni.. terkejut mimi bila tahu tu syafiq haha.. betul-betul kejutan.. “
” Tak faham ah geng, kahwin terus tolong haha.. Aduh Comel betul La.. dah la kawin jelah dua org ni iship la.. “
” Eceh suara terus tukar , cer kawennnnn.. Suara bakal tak kenal ye mimi.. comel lah korang ni.. je manis.. “
Alamak Mimi tak cam suara Syafiq kerana katanya suara Syafiq kedengaran lain. Mimi mengatakan suara Syafiq dalam talian itu seperti suara orang tua. Sporting sungguh Syafiq, apa yang penting Syafiq tak pernah marah Mimi dalam dunia realiti. Wah betul-betul gentleman lah Syafiq.

Prank Syafiq untuk marah Intan berhasil. Punya panjang Syafiq mengomel, Mimi langsung tidak dapat cam suara kekasih hatinya itu. Apa-apa pun, selamat maju jaya selalu Mimi dan semoga cepat-cepat naik pelamin bersama hero pujaan hati.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Mimi Lama
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti9 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

