Artis / Selebriti
” Yay tepat tekaan. Congrats baby dapat jadi anak hero Malaya pujaan ramai.. ” – Netizen
Gambar Remy Ishak Dan Ezza Yusof Bersama Anak Mereka Yang Baru Lahir. Wah Ada Yang Teka Betul Jantina Anak Remy Ni. Lebatnya Rambut Baby, Comel Reaksi Wajah Remy, Teruja Sangat Ye Daddy Remy !!
2 hari yang lalu iaitu pada 27 Julai 2023, Remy Ishak telah pun memaklumkan yang isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan cahayamata sulung mereka. Berita ini disambut dengan gembira oleh para peminat Hero Malaya ini, tak kurang juga pengikut Ezza di Instagram.
Meninjau akaun Instagram Remy Ishak, telah dikongsikan gambar-gambarnya bersama bayinya itu. Dapat dilihat dekorasi dalam bilik wad Ezza dihiasi dengan belon berwarna biru dan putih dan tertulis ‘ It’s a boy ‘ . Gembira sungguh Remy dan Ezza dengan kehadiran permata hati mereka itu.
Di ruangan kapsyen pula, Remy menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan seorang bayi lelaki untuk zuriat sulungnya. Seronok melihat gambar-gambar Remy ini dan pastinya ia kenangan yang paling manis buat Remy.

Alahai teruja sungguh daddy baru ni apabila bersama si kecil. Ekpresi wajah Remy kelihatan begitu geram dengan baby. Tentu wajahnya comel dan handsome seperti daddy. Setakat ini Remy belum lagi memaklumkan nama anak lelakinya itu.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Remy ini telah pun meraih lebih 58 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Congratulations Remy Ezza.. semoga kelahiran cahayamata ini memberi seribu berkah buat kalian seisi keluarga.. ”
” Congratulations Remy & wifey. So happy for you guys.. Tahniah Remy Ishak, dah jadi papa hot, mesti hensem Remy junior.. ”
” Remmyyy, congratulation to you and wife for the new born baby. Semoga sehat2 ibu baby dan bapak nya.. have a great new journey as a family.. ”
” Tahniah buat kedua ibubapa. Selamat berpantang Ezza. Selamat datang … baby boy. Daddy.. pls cut your hair. Nnti rambut tu buat baby geli Hehehe.. ”
” Yay tepat tekaan. Congrats baby dpt jd anak remy ishak.. hero malaya pojaan ramai so baby dah ramp4s takhta daddy la.. ”
” Alhamdulillah.. tahniah remyishak . Semoga anak yg lahir ini diberikan Allah kesihatan yg baik, membesar menjadi anak yg soleh serta menjadi penyejuk hati ibu bapa… Aamiin ya rabbal alamin.. ”
” Omg remy ishak junior.. Alhamdulillah finally.. tahniah miy & ezzar dari kak ngah/abg man/Radi Air Limau.. Bila laa dpt jumpa baby ni.. ”
” Wow Boy la… congrats Hero Malaya.. Alhamdulillah seronoknya.. tengok kepala je pun dah ger4m.. ”
Terjawab juga teka-teki peminat sama ada bayi Remy dan Ezza ini lelaki atau pun perempuan. Seronok lah Daddy ada geng kali ini. Sekali lagi tahniah kami di Berita Kopak ucapkan buat Remy dan Ezza atas kelahiran baby boy. Semoga baby boy sihat-sihat selalu dan selamat berpantang Ezza.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Remy Ishak, IG Ezza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti1 day ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

