Artis / Selebriti
” Ya Allah, tersentuh pula hati ni tengok daddy dia makeup kan.. ” – Komen Netizen
Video Shuib Sepahtu Sedang Makeup Anak Perempuannya, Dzahira Talita Zahra Raih Perhatian Ramai. Wah Ada Gaya MUA Lah Daddy Dekta. Bonding Time Anak Beranak, Moment Yang Sangat Mahal !!
Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian sebuah video yang memaparkan Shuib sedang menyolek anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra telah meraih perhatian ramai. Mesra dipanggil Dekta, momen ini sememangnya cukup bermakna untuk dirakamkan.
Di sebalik rakaman tersebut, kedengaran suara Watie Hanifiah memberikan arahan kepada Shuib cara untuk bersolek. Biasalah apabila daddy yang solekan semestinya tidak biasa dengan pelbagai jenis alatan solekan. Nanti lain pula jadinya.
Selalunya apabila bab solekan, ibu-ibulah yang pandai dalam bersolek. Kali ini, kaum bapa pula yang mencuba. Walaupun hasilnya biasa sahaja, ia merupakan bonding time antara bapa dan anak. Sambil bersolek sambil terhibur mendengar bebelan mummy.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada juga netizen menyatakan Shuib tidak sesuai untuk menjadi MUA kerana seperti tiada perbezaan antara sebelum dan selepas, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Dia punya celet kt tangan tu sampai ke pipi takde warna dah btw cantik la talita. semoga jadi anak solehah selalu.. Allahuakbar, Suara sebiji Arwah.. “
” Ya Allah tersentuh poulaaak hati ni tengok dadddy dia makeup kan.. Muka talita sebiji mcm bapak dye. Gaya da ada tu daddy.. “
” Lawaa ke buruk ke.. Jnji ade moment dgn ank prmpn. Msti dia akan ingt sampai Bila2.. moment mcm ni sgt mahal… “
” Allahuakbar, ciktah dah besar.. Cntik anak dara aib dh makin besar , tp klau thalia brhijab lg cntik insyaallh.. bonding time.. “
” Alololo anak dara sorang ni yg cantik manis ayu nak make-up. Daddy jadi MUA. Alahai so sweet lah daddy makeup kan talita.. “
” Buruk sangat shuib mekap kan anak . Biar lah emak nya yg buat . Itu kerja wanita . Kerja awak Pastikan business bubble bee boleh maju lagi.. “
” Tak semua anak perempuan beruntung macam dia . buruk atau tidak . biarkn lahh diaa . moment mcm ni paling mahal utk anak prmpuan .. “
Nampaknya daddy Dekta perlu belajar lagi dengan mummy Watie cara-cara untuk bersolek. Barulah nampak makin berseri-seri Dekta. Apa pun momen ini apabila ditonton semula apabila Dekta dewasa akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti9 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

