Artis / Selebriti
” Matin ni memang original Shuib, kelakar sangat, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak lelaki Shuib Sepahtu, Matin ketika sedang photoshoot baju raya buat ramai terhibur. Tak reti duduk diam lah Matin ni, ada sahaja gaya dia nak buat. Sempat lagi bergelek masa tengah photoshoot, memang random betul Matin ni, haha..
Bagi yang mengikuti pelawak Shuib di akaun media sosial, pasti mengetahui yang Shuib suka berkongsi gelagat anak-anaknya kepada umum. Antara yang menjadi perhatian warganet adalah gelagat anak ketiga Shuib iaitu Ariq Matin atau lebih mesra dipanggil Matin.
Meninjau di akaun TikTok milik caryazara, telah dikongsikan video yang memaparkan Shuib sekeluarga sedang menjalani sesi photoshoot untuk sebuah jenama baju raya. Kelihatan Shuib, isterinya, Watie dan dua anak mereka, Thalita serta Matin begitu segak dan cantik mengenakan baju berwarna sedondon kuning lembut.
Namun, apa yang mencuit hati adalah gelagat Matin ketika sesi photoshoot dijalankan. Matin tak henti-henti membuat gaya kelakarnya dan kedengaran suara-suara ada yang ketawa kerana terhibur melihat gelagat Matin tersebut. Perkongsian video ini juga mengundang tawa warganet.

Ada yang mengatakan Matin mewarisi sifat kelakar seperti Shuib. Namun, ada juga memuji Matin sangat comel. Sehingga kini, video gelagat Matin ketika photoshoot tersebut telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@caryazara Alahaiii anakk! 😅 Comeyy jeppp…Tengok Maten mmg ada style tersendiri laa kann….Jangan main main…Harharhar . Nak tengok ke hasil gambar Maten & Family sedondon? Komen “Nak” kalau nak Part II 😬 #MahaCaryaRaya2025 #CaryaZaraLovers #bajuraya2025 #raya2025 #RayaSedondon #bajurayaviral #RayaReady #caryazara #Shuib #watiehanifiah #maten #thalita
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka sangat terhibur melihat gelagat Matin. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Matin ni memang original Shuib, kelakar sangat, haha.. Rasanya satu hari nanti, Matin pun akan jadi pelawak terkenal macam daddy dia.. “
” Aduhhh Matin, Matin, sesaat tak duduk diam hahaha.. Tengok gelagat dia, sekali kita pun ketawa.. Anak soleh daddy, ibu dan mummy ni.. “
” Boleh masuk pertandingan lawak la Matin ni, hahahaha.. Anak no 3 ni luar biasa, kadang2 diluar jangkaan ye perangai dia, haha.. “
” Handsome lah Matin, kalau gunting rambut lagi nampak handsome.. Senyuman dia manis betul, sekali tengok dah ada iras muka mummy Watie.. “
” Matin memang spontan betul lah lah perangai dia, hahaha.. Sempat lagi gelek tak berhenti.. Shuib pun senyum tengok perangai anaknya, hehe.. “
” Radom Matin buat kelakar yer, hahaha.. Macam2 perangai dia.. Tapi anak macam ni, dia lah penghibur di rumah, tak sunyi rumah tau.. “
” Hahahahaha aku terhibur tengok perangai Matin.. Kenapa lah budak ni kelakar sangat yer.. Betul2 ikut perangai bapak lah, haha.. “
Tak kering gusi kalau melihat gelagat Matin ini, memang sangat menceriakan suasana betul. Kejap betul masa berjalan, diam tak diam, dah besar anak teruna Shuib. Apa-apa pun, semoga Matin membesar menjadi anak bijak dan soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok caryazara
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan abang saya tu, kami pernah tak berborak beberapa tahun tau. Jadi.. ” – Zaki Yamani

