Viral
” Ya Allah, bagi balik saya punya mainan Ya Allah.. ” – Adik Comel
Video seorang kanak-kanak berusia 3 tahun berdoa agar menemui semula mainannya buat ramai terhibur. Part doa untuk kucing jangan kena sawan tu pun kelakar. Bersemangat betul adik comel ni berdoa, sampai menekan-nekan, hehe..
Meninjau ke akaun Tiktok Danielle Fiana, perkongsian sebuah video yang memaparkan seorang anak kecil sedang berdoa telah membuatkan ramai terhibur. Kanak-kanak tersebut berusia 3 tahun dan cukup petah bercakap serta cukup jelas doanya.
Adik ini berdoa agar menemui semula mainannya yang hilang dan turut mendoakan kesihatan kucingnya yang terkena sawan. Gaya adik ini berdoa sambil memegang sebuah buku dan seolah-olah sedang membaca doa. Amboi, comel sangat gaya adik ini.
Apa yang membuatkan ramai terhibur ialah gelagat adik ini yang begitu bersemangat membaca doa dan kadangkala menghentak-hentak bukunya seolah-olah sedang menekan-nekan. Mungkin kerana terlalu menghayati doa yang dibaca sehingga sampai begitu semangatnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Walaupun masih kecil, adik ini sudah pandai memohon doa dan berharapa sangat doanya dimakbulkan oleh Allah SWT.
Jom tonton video di bawah :
@daniellefiana Doa malam2 – toys i hilang guys and kucing i sakit 🥹
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat si kecil ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Mcm ni la aku doa siang td minta tuhan bgi rezeki kerja baru. Petang dpt call offer baru.. tahniah ibu bapanya, kecik2 dah tau kebergantungan pd Allah, Masya Allah terbaik.. “
” Doakan aunty jugak ya syg.. Semoga aunty Norshahidah dan uncle Syazwan dikurniakan zuriat yg soleh dan bijak mcm awak.. “
” Toys betul2 hilang ke atau sebab Mama awak yg sorokkan toys tu dik? Ya Allah nak straight A+ trial dengan spm Ya Allah ( minta doakan juga untuk semua batch 08 aamiin aamiin ) “
” Umur 3 tahun and tahu perkataan sawan is totally another level .. menekan2 doanya mcm mana lah mak nya blh tahan gelak.. “
” Nak doa apa ya supaya anak lancar bercakap macamni? dik .doakan acik dpt bby dok tahun ni…plsss.. straight to the point btul doa dia, tkde kias langsung.. “
” Me doa nak dapat jodoh cepat sebab stress study.. gelak besar aku dgr jgn bgi dia sawan ya Allah HAHAHAHAHHA.. “
” Ya Allah Ya Allah perkenankan la doa anak solehah bijak pandai ni doakan semoga auntie pun dikurniakan zuriat sihat bijak pandai seperti kamu juga ya.. “
Pastinya adik ini selalu melihat ibu bapanya berdoa dan kanak-kanak seusia ini gemar meniru apa yang dilihat di sekelilingnya. Semoga adik ini membesar menjadi seorang anak yang baik, patuh dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok daniellefiana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

