Artis / Selebriti
” Wow siap hire private doctor pergi holiday. Biasa tengok artis bawak photographer je.. ” – Netizen

Perkongsian Video Dr Syed Alif Fauzan Bersama Keluarga Dato’ Seri Siti Nurhaliza Di Korea Raih Perhatian Ramai. Wah Jarang Orang Bawa Doktor Peribadi Bercuti Sekali !!
Untuk makluman semua, penyanyi kebanggaan dan kesayangan seluruh Malaysia iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza kini berada di Korea bersama suami, anak dan ahli keluarga yang lain. Berbeza dengan percutian terdahulu, kali ini DS Siti membawa mak Zaiton dan mak Salmah bersama.
Memandangkan ramai warga emas dalam rombongan kali ini, DS Siti mengambil pendekatan membawa doktor peribadinya sendiri untuk mengikuti percutian ini. Meninjau akaun Tiktok Dr Syed Alif Fauzan, telah dikongsikan suasana ketika Dr Syed bersama keluarga DS Siti di Korea.
Pada awal video, Dr Syed bercakap dengan anak kedua DS Siti, Muhammad Afwa. Anak kecil ini sememangnya aktif dan periang orangnya. Ketika Dr Syed bertanyakan kepada Afwa, siapakah namanya, laju sahaja Afwa menjawab ‘ Afuwa’. Pelat-pelat pun comel lah Afwa.
Dr Syed turut menunjukkan ahli keluarga DS Siti yang turut sama berada di ruangan tersebut dan dalam masa yang sama beramah mesra dengan mereka. Jarang doktor peribadi dibawa bercuti sekali. Selalunya orang akan membawa photographer untuk capture moment menarik sepanjang percutian.
Jom tonton video di bawah :
@drsyedaliffauzan Private doctor for Dato Siti Nurhaliza and family in korea 🇰🇷😊
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
‘‘ Wow. Siap hire private doc gi holiday. Biasa tengok retis bawak photographer je. Terbaik Dato ct.. ”
” Ade doctor sendiri Dato’ Siti.. syoknya jadi doktor boleh sambil keje sambil bercuti dengan family tokti.. sambil menyelam minum air.. ”
” Besar tggungjawab doc ni , jadi apa2 kt no syatu ni satu malaysia cari doc hehe.. selamat bercuti dan bekerja doc.. ”
” Amboiii dr.. level retis nii.. nasib afwa lagi comel dari dr. Afwa, sekolah nnti belajar rajin².. jd doktor mcm abg ni, berjaya dlm hidup serta dpt berkhidmat utk keluarga, bangsa dan negara.. ”
” Alaa comel sangat afwa sebut nama dia tu.. disebabkan doc dah jaga idola saya… maka saya kena follow doc jugak laa.. ”
” Tahniah dapat jadi doc peribadi pulak.. selamat bertugas.. hebat smpi ke korea jdi private doctor.. ”
” Selamat bertugas doc.. doc tolong ea jaga kesayangan kami tu.. untungnya jadi doktor peribadi dato’ seri siti nurhaliza.. ”
” Untung ler doktor yang TokTi hire ni… hmm sapa nama dia hehe.. buat-buat tak kenal pulak haha.. terbaik lah doc.. ”
Jarang sekali kita melihat artis membawa doktor peribadi pergi bercuti bersama. Apa-apa pun, besar tanggungjawab Dr Syed ini dalam memastikan seluruh keluarga DS Siti sihat dan aman sepanjang percutian mereka. Selamat bertugas Dr Syed.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Drsyedaliffauzan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen