Connect with us

Artis / Selebriti

” Why so comel those two. Nasib baik pak imam tak terkej0t.. ” – Netizen

Video Terbaru Gelagat Kucing Kesayangan Hanis Zalikha dan Hairul Hazreen, Bujibu Chempel Bersama Alisa Aisyah Raih Perhatian Peminat. Amboi Bukan Main Lagi Bujibu Ajar Adik Yang Bukan-Bukan Yer, Sampai Merangkak Alisa Ikut Jibu !!

Si cilik Alisa Aisyah sentiasa mendapat perhatian ramai dek kerana kecomelan dan juga keletahnya yang pandai dan menghiburkan. Anak kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Hazreen ini juga mempunyai akaun media sosial Instagram sendiri.

Terbaru, meninjau ke ruangan Instagram bujibuchempel, satu video telah dimuatnaik bersama Alisa. Video itu direkodkan ketika mereka sekeluarga sedang berkumpul dan duduk di ruangan bilak solat di kediaman mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian, kelibat Bujibu yang lalu di hadapan imam telah diikuti oleh Alisa. Anak kesayangan Hanis dan Hairul ini turut merangkak mengekori Bujibu daripada belakang badan kucing tersebut.

Ada sahaja keletah comel dan aksi yang menghiburkan bersama kucing kesayangan peliharaan Hanis dan Hairul sekeluarga. Jika mengikuti perkembangan akaun Instagram Bujibu, banyak video mereka berdua yang dikongsikan bersama.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Video Bujibu dan Alisa ini mendapat banyak tanda suka. Ramai yang turut terhibur dengan keletah kedua-duanya. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

” Abglong.. npe ajar adik cmtu.. hahahaha.. Taknak kena mar4h sorg2 la tu sbb tu ngajak adik follow skali.. Pandai ehh.. Imam Sheikh Bujibu.. “

” Jibu noti nyaaa ajar adik yg bukan2.. hahahah Jibu Jadi abang long elok sikit per4ngai leh tak.. Adoilaaa.. cute sgt both of them ahaha.. “

” Cutenya buji kau nii tak ada jalan lain ke mesti atok nk gelak or tak.. Ad0iii laaa alisa nie hahahah.. Meh ikut merangkak ke atok.. “

” Aippp bujibuu ni kann.. Jibu kakak dh pesan kan ajar adik benda good good je.. Nk kena jemur tengah pan4s ke.. “

” Adik ikut abglong dia merayap.. Along ajar yg bukan bukann yee hahaha.. Cikgu gemok ni kan.. Makmum lari bwk adik sekali hahaha.. “

” Aipp bujibu.. terawih laa nk jd tok imam pulak.. dah dapat kaki pun masih merangkak lagi.. Semalam org buka puasa dia tidur ni org tgh solat dia ajak adik main2 pulak.. Aduhhh bujibu.. “

” Why so chomels those two.. Nasib baikk pak imam tak terkej0ttt muat pulak ko lalu ehh jibu.. ape ajar yg bkn² nie jibu.. “

Nak4l betul si bulus comel peliharaan Hanis dan Hairul sekeluarga ini. Bulan puasa bukan main lagi keletah masing-masing. Apa-apa pun kami di Berita Kopak mendoakan semoga Alisa sentiasa bahagia dan ceria bersama Bujibu dan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bujibuchempel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT