Connect with us

Artis / Selebriti

” We just had our day out together kelmarin. It was fun until.. ” – Jejai

Ucapan penuh kasih sayang Jejai sempena hari lahir anaknya, Putra Rayfal buat ramai tersentuh hati. Cukup panjang dan istimewa sangat..

Meninjau ke akaun Instagram Rizal Ashram Ramli, perkongsian terbarunya telah meraih perhatian ramai. Rizal menulis satu dedikasi istimewa sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Putra Rayfal dengan menitipkan kata-kata yang cukup jujur, penuh humor dan sarat dengan nasihat kehidupan.

Menerusi ucapannya itu, Rizal memulakan dengan mengimbau kembali detik awal kelahiran Rayfal yang hanya seberat 2.68kg, dan kini sudah membesar menjadi remaja berusia 13 tahun dengan berat 42kg. Perubahan itu bukan sahaja mengundang rasa bangga, malah diselitkan dengan gurauan seorang ayah yang melihat anaknya semakin membesar dengan pantas.

Di sebalik nada santai itu, terselit pesanan yang cukup mendalam. Rizal mengingatkan bahawa akan ada masa anaknya merasakan dia sebagai ayah yang tegas, namun semua itu dilakukan demi kebaikan. Baginya, seorang bapa kadangkala perlu membuat keputusan sukar, walaupun nampak seperti menentang kehendak anak.

Rizal tidak lupa memberikan nasihat yang menjadi asas kehidupan iaitu sentiasa mengingati Allah, menghormati ibu bapa serta keluarga, dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Perkongsian ini menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan hari lahir buat Rayfal. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Happy Birthday handsome boy Moga jadi ank soleh, Sama birthday dgn i la rayfal. Happy birthday to u boy.. setiap tahun tak jemu baca love letter from daddy.. “

” Sanah helwah handsome boy rayfal. semoga Allah sentiasa merahmatimu dear cute boy. Semoga diri mu dikurniakan menjadi anak yg soleh, yg baik budi pekerti n penyayang n bijak.. “

” Semoga rayfal berjaya dunia akhirat sayang.. mmg suka baca ucapan birthday dr jejai kepada anak2 nya setiap tahun. Happy birthday Rayfal.. “

” Loving father Happy birthday rayfal big brother.. comelnya.. rayfal boleh bukukan setiap ucapan daddy buatnya setiap tahun.. “

” Selamat hari lahir rayfal. semoga menjadi anak yang soleh penyejuk hari ibu dan ayah. makin besar dah anak fasha ni.. “

” Happy birthday Rayfal, may Allah swt continue to bless you and grant you with all of the great things in life. Study well and stay cute.. “

” Happy birthday rayfal  semoga sihat selalu, murah rezeki,umur panjang,jdi ank soleh pada mummy, daddy rizalashramrnt n bljr sungguh.. “

Ucapan ini bukan sekadar coretan hari lahir, tetapi gambaran kasih seorang bapa yang tulus, penuh harapan, didikan, dan cinta yang akan kekal hingga ke hujung usia. Selamat hari lahir diucapkan kepada Rayfal. Semoga membesar menjadi anak yang berjaya. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rizal Ashram

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Bag Capybara

Trending

Copyright © Berita Kopak