Artis / Selebriti
” Wah, maintain lawa, sama macam dulu.. ” – Komen Netizen
Penampilan terkini Juliana Banos setelah sekian lama menyepi dari dunia seni raih perhatian ramai. Wah cantiknya Jue, maintain macam dulu. Akan muncul dalam Konsert bersama KRU tak lama lagi, mesti ramai tak sabar tengok Jue kembali menyanyi di atas pentas..
Meninjau ke akaun Instagram BOom Malaysia, perkongsian sebuah video temubual bersama pelakon dan penyanyi, Juliana Banos telah meraih perhatian ramai. Juliana akan muncul dalam konsert GenKRU The Final One More Time.
Juliana antara artis yang popular sekitar tahun 90 an dan sudah lama menyepi sejak Juliana mendirikan rumahtangga. Pastinya ramai masih ingat akan Juliana jika anda membesar dalam tahun sekitar 90 an ke awal 2000. Antara lagu popular Juliana ialah Mana Satu.
Walaupun kini Juliana sudah berusia lebih 40 tahun, namun penampilannya tetap sama seperti dulu. Wajah Juliana tidak begitu dimamah usia dan maintain cantik macam dulu. Pastinya ramai peminat Juliana tidak sabar menantikan kemunculan Juliana ketika konsert tersebut nanti.

Perkongsian video temubual ini telah menerima lebih tiga ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kemunculan Juliana dalam konsert ini bakal menjadi detik indah untuk dirinya dan juga peminat-peminat setianya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Cantiknya, sama macam dulu.. Duet dia best.. Masih tak boleh lupa hantaran paling tinggi antara semua artis time tu.. “
” Wahhh maintain lawa.. Gen z tahu x juliana banos ni sape? Ini set2 seangkatan erra fazira dalam filem2 melayu. legenddd.. “
” Hi kak, dari dulu sampai sekarang masih cantik. inspektor Julia dalam filem gerak khas the movie 2 trup wanita fru.. “
” Dia mcm Sofea Jane dh kawin terus menyepi dr dunia seni tp tetap maintain cantik giler. lgu juliana banos & indigo mmg cenggini.. “
” Masa bebel2 pasal hantaran dengan sepupu,pastu ckp kat sepupu,teringat juliana banos dulu hantaran xsilap ,77k..suka tgk dia dulu cantik semulajadi.. tetiba tekeluar haaaa. lama betul dia menyepi.. “
” Juliana banos nie baik orangnya…pernah sembang dgn dia masa dia mai kb tuk royal funtion….masa tu aku kerja waiter,dia mai minum fresh orange n sembang2 sambil layan pemuzik main lagu2.. “
” Disebabkan dia laa cikgu aku baling buku aku dlu 16taon lpas nama ckgu aku juliana jaafar,tp aku p tulis juliana banos kt buku.. “
Konsert GenKRU bukan sahaja menghidupkan kembali memori emas dunia hiburan, tetapi turut membuktikan yang bakat sejati tidak pernah pudar dimamah waktu. Dengan gabungan nostalgia dan vokal, penampilan Juliana dijangka menjadi antara momen paling berharga buat para peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Boom Malaysia, Nona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Nama baby unik dan lain daripada lain, pandai pilih nama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen

