Connect with us

Artis / Selebriti

” Wah dia dah kahwin la. Aku memang tertunggu-tunggu bila dia nak kahwin lagi.. ” – Netizen .

Kembali Bergelar Seorang Suami, Video Majlis Batal Air Sembahyang Along Cham Dan Isteri Mencuit Hati Ramai. Alahai Nak Sarung Cincin Pun Sempat Buat Lawak. Cantik Dan Manis Isteri Along Ni, Tahniah Along !!

Along Cham antara pelawak negara yang dikenali ramai. Banyak kisah suka duka Along yang terjadi dan salah satunya adalah pernah gagal dalam perkahwinan. Setelah perkahwinannya terbubar, Along menjalani kehidupan sebagai bapa tunggal bersama seorang anak lelaki.

Meninjau akaun Tiktok Sentuhan lynda, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Along kembali bergelar suami. Memilih tarikh cantik 4/4/2024 sebagai tarikh disatukan bersama wanita pilihan hatinya Feena, Along kelihatan begitu gembira dan segak mengenakan busana pengantin berwarna putih.

Klik gambar untuk info..

Menerusi video ini, dipaparkan suasana ketika majlis batal air sembahyang Along dan isteri. Sudah namanya pelawak, sempat Along berjenaka dengan membuat lagak terketar-ketar ketika ingin menyarungkan cincin ke jari manis isterinya itu.

Cantik dan manis isteri Along, tentu wanita yang cukup istimewa kerana berjaya membuka pintu hati Along untuk kembali berumahtangga. Anak lelaki Along, Ahmad Daniel juga kelihatan tersenyum lebar menyaksikan telatah papanya itu. Akhirnya Daniel dah ada mama baru.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@sentuhanlynda

Replying to @nurimani_89 Nikah tarikh cantik 4/4/24..dah nama pelawak, nak sarung cincin pun sempat melawak 😂 sweet kan #alongcham #nikah #bridetobe #selamatpengantinbaru #alongchamrajalawak #sentuhanlyndabeauty #makeupartist

♬ Destiny – 이성욱

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Aku follow dia dri zaman dia dengan zila lagi.. Kesian dia.. semoga kali ni along bahagia. aamin.. ”

” Tahniah Along Cham, semoga bahagia hingga ke jannah aamin.. aku suka lelaki cium tgn istri sekali rasa mcm syg dia lebih.. ”

” Lama dia ni menduda, alhamdulillah tahniah Along Cham.. aku respect persahabatan along cham dgn angah, angah siap duduk kat belakang masa akad berlangsung.. ”

” Mesti wife dia ni hebat g1la sbb boleh bukak hati along.. lama g1la menduda besarkan anak.. ”

” Ok je nikah dalam bulan puasa… semoga lebih berkat dan berkekalan hingga ke syurga.. rasa bahagia tengok along cham kawin lagi. Tahniah Along Charm.. semoga Bahagia till jannah.. ”

” Time nikah pun lawak Along ni haha. Tahniah Along, barakallah semoga kekal berkekalan hingga akhir hayat..

” Tahniah Along, makin handsome along sekarang hampir tak kenal. Tahniah, cantik wife along. manis orangnya.. sesuai sangat dengan along.. ”

” Wahhhh dia dh kawin la.. aku mmng tertunggu2 jgk dia nie kawin lagi. sbb bg aku dia layak bahagia bersama org yg lebih menghargai dia.. ”

Klik gambar untuk info..

Alhamdulillah Allah hadirkan si dia yang memahami Along dan boleh mengisi kekosongan hati yang lama terbiar sepi. Semoga perkahwinan Along kali ini dirahmati Allah, berbahagia selalu bersama isteri tercinta dan kekal berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Sentuhan Lynda

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT