Artis / Selebriti
” Wah, bakal menantu ke tu ? Cantik bakal menantu.. ” – Komen Netizen
Azah Aziz muatnaik gambar-gambar hari raya bersama keluarga. Namun penampilan seorang wanita dalam gambar-gambar tersebut raih perhatian. Rupa-rupanya kekasih anaknya, Aaron. Wah cantiklah bakal menantu Azah..
Meninjau ke akaun Instagram Azah Aziz, perkongsian terbaru Azah telah meraih perhatian ramai. Azah telah memuatnaik beberapa keping gambar ketika menyambut hari raya Aidilfitri baru-baru ini. Tahun ini Azah menyambut raya di Malaysia.
Umum mengetahui yang suami Azah merupakan seorang mualaf yang berbangsa Inggeris. Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki yang kini sudah meningkat dewasa. Namun begitu seorang anaknya kini berada di Dubai.
Walaupun hanya bersama dua orang cahaya matanya tetapi sambutan hari raya kali ini diraikan bersama kekasih hati anak Azah yang bernama Aaron. Kelibat wanita ini dalam gambar-gambar dikongsikan telah dihujani dengan pelbagai persoalan di ruangan komen.

Azah tidak menyembunyikan kepada umum siapakah wanita tersebut dengan menyatakan itu adalah kekasih Aaron dan juga bakal menantunya. Wah, nampaknya bakal menantu Azah merupakan gadis dari Malaysia. Nampak sangat sepadan dengan Aaron.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan selamat hari raya buat Azah sekeluarga. Antara komen-komen yang diberikan :
” Alamak dah nk dpt menantu malaysian ke.. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sis azahaziz13 sekeluarga. Seigakkklah.. “
” Wah menantu ke tu.. Selamattt hari rayaaa kak azaaaa, bahagia selalu sekeluargaaa.. masih kekal cantik.. Mana lagi sorang?Ada 3 Son kan? “
” Hi mak mentua Selamat hari raya Maaf zahir Dan Batin.. Ricky Martin la anak sulong u. Azah tak berubah sgt. Muda sentiasa.. “
” Selamat Hari Raya kak Azah et toute la famille.. Sentiasa muda jelita mummy ni. Anak2 macam adik2 pula.. ryan mana sis.. bertuah gf tu kak oiii… anak akak dah la herlok nak matey… haha..”
” Muka ank sulung kak ni mcm enrique iglesias lahhhh. selamat hariraya adilfitri maaf zahir batin buat kak azah sekeluarga.. “
” Selamat hari raya aidilfitri buat azah sekeluarga.. hero seorang lagi tak balik ya azah.. Ni family Cullen ke ni.. Cantik bakal menantu.. “
” Is that Aaron’s girlfriend? A Malaysian? Eid Mubarak mommy azahaziz13 dan family from Krett fam in Toronto.. Beautiful handsome family babe .. “
Respon Azah apabila ditanya mengenai wanita cantik dalam gambar tersebut :

Untuk tema hari raya tahun ini, Azah sekeluarga memilih warna hijau. Pastinya ramai peminat tidak sabar menantikan majlis perkahwinan Aaron dan Azah juga sangat cantik serta tidak dimamah usia. Memang bakal mak mertua yang vogue..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azah Aziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahu, positivenya awak Dr. Fie, nangis dengar ucapan Dr. Fie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen

