Artis / Selebriti
” Wah baby girl, tahniah Mat Dan dan isteri.. ” – Netizen
Muatnaik Gambar Sedang Mendukung Bayi, Mat Dan Kongsi Berita Gembira Isterinya Telah Selamat Melahirkan Anak Ketiga. Alahai Lebatnya Rambut Baby, Tahniah Mat Dan Dan Isteri !!
Mat Dan atau nama penuhnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah merupakan seorang mualaf yang berasal dari England. Namanya tidak asing dan kini Mat Dan merupakan salah seorang selebriti yang dikenali di Malaysia dengan bergelar sebagai pengacara dan penyampai radio.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Mat Dan ada memuatnaik satu posting yang memaparkan dirinya sedang mendukung seorang bayi di hospital. Tulis Mat Dan di ruangan kapsyen, memanjatkan kata bersyukur kerana isterinya, Nadifa Adnan telah selamat melahirkan anak ketiga mereka.
Malah, paling istimewa anak ketiga pasangan ini adalah bayi perempuan setelah memiliki dua orang cahaya mata anak lelaki sebelum ini. Mat Dan juga memberitahu yang keadaan isteri dan anak kecilnya itu dalam keadaan baik sahaja.

Perkongsian oleh Mat Dan tersebut telah menerima ratusan komen dan dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai lebatnya rambut anak Mat Dan tu, mesti comel seperti ibu dan bapanya.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menberikan kata ucapan tahniah kepada Mat Dan serta isteri atas kelahiran anak ketiga mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah Mat Dan dapat baby girl.. Mst cantik n cute ni kan.. Baby ramadhan, semoga baby dan ibu sihat2 sahaja.. “
” Wah baby girl, tahniah Mat Dan dan isteri.. Lebat betul rambut, hitam pekat warnanya.. Selamat berpant4ng Nadifa.. “
” Alhamdulillah. Tahniah Mat Dan dan isteri.. Semoga anaknda kalian akan menjadi anak yang diberkati Allah, amin.. “
” Alhamdulillah… Tahniah Mat Dan dan wife. Juga buat Zayn. Yeyy… Dah dpt adik. Girl pulak tu, mesti comel sangat ni.. “
” Alhamdulillah Finally dapat girl. Kalini confirm muka Mat Dan ni.. Misi dah tercapai, hehe.. Tahniah2.. “
” Alhamdullilah Rezeki Allah bg Mung & Isteri Allahuakhbar.. Tahniah Isteri & Mat Dan.. Moga semakin bahagia Sampai Syurga Amin.. “
” Tahniah rezeki ank di bulan ramadhan.. Semoga menjadi ank yg sholehah Aamin.. Yeayy raya ada baby baru lah Mat Dan.. “
Wah ramai betul memberikan kata ucapan tahniah kepada Mat Dan dan isteri serta meluahkan rasa teruja mereka melihat Mat Dan menimang cahaya mata perempuan. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Mat Dan. Semoga anak yang baru dilahirkan ini akan menjadi anak yang soleh buat Mat Dan dan isteri.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mat_dan1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Oii banyak kak, ngeri. Saya pernah reached paling tinggi saya rasa.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah

