Artis / Selebriti
” Wah aura tu masih ada, memang sedap betul suara Kak Maria.. ” – Komen Netizen
Video Maria Tunku Sabri membuat pengumuman seperti sedang berada di dalam flight raih perhatian warganet. Wah bukan sahaja suara je sedap, wajah pun nampak makin muda sejak dah kurus ni. Cantik sangat lah Maria..
Maria Tunku Sabri cukup sinonim dengan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan suatu masa dahulu masih dikenali ramai. Setiap perkongsiannya di media sosial sering mencuri perhatian ramai kerana telatahnya yang spontan dan penuh humor.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Maria telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan Maria yang kelihatan anggun mengenakan pakaian seragam pramugari. Menerusi video tersebut, Maria dilihat mengimbau kenangan ketika pernah berkhidmat sebagai ketua pramugari dan membuat pengumuman seperti di dalam pesawat sebenar.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Maria mengakui merindui saat-saat ketika membuat pengumuman di dalam pesawat Malaysia Airlines. Menurutnya, suatu ketika dahulu Datuk Azni Haji Nawawi pernah memuji suaranya yang merdu ketika dirinya membuat pengumuman kerana Datuk Aznil turut berada di dalam pesawat pada waktu itu.

Perkongsian oleh Maria itu telah menarik perhatian ramai warganet. Rata-ratanya memuji suara Maria yang masih lembut dan merdu seperti dahulu. Bukan itu sahaja, penampilan terbaharu Maria yang kelihatan semakin langsing turut menjadi tumpuan dan mendapat pujian daripada peminat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya sangat menyukai perkongsian oleh Maria ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Wah aura tu masih ada, memang sedap betul suara Kak Maria.. Skrg tak tahu nak panggil Aunty Maria ke Kak Maria…. Gorgeous selalu Kak Maria.. “
” Kagum betul maria dapat balik sarung kebaya batik tu.. Kemunculan yg dinantikn. Senior flowerpot yasmine & junior flowerpot ariana.. “
” Wahh .. Akak ku Mariah ramping, terus Auto nampak remaja. Terbaik lah kak muat sarung kebaya lama masa bertugas peramugari dulu.. “
” Selamat datang ke penerbangan Top 10.. Mesti meriah ek. Hahahaha.. Kenangan yang tak dapat dijual beli.. Sangat bermakna.. “
” You look stunning.. Semoga Maria sentiasa Ceria, sentiasa cantık dan sentiasa didalam Rahmat Allah SWT Aamiin.. “
” Kakak makin kurus tp muka maintain glowingggggggg.. Loveeee sangat tengok.. Makin awet muda tengok tau.. “
” Wowoo meletop kakak kita.. Boleh lagi ni terbang di awan biru sebab makin cantik, kalah anak dara tau, hehe.. “
Tidak dinafikan, walaupun sudah lama meninggalkan dunia penerbangan, aura dan pesona Maria Tunku Sabri masih menyerlah seperti dahulu. Sikapnya yang ceria dan ramah membuatkan ramai terus menyenangi keperibadiannya. Malah, Maria kini semakin anggun dan cantik. Semoga Maria terus sihat serta berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mariajjcm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti20 hours ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen

