Artis / Selebriti
” Turn saya saja bagi payah, jem otak wei. Siapa punya challenge ni. haha.. ” – Fakhrul UNIC
Video Gelagat Fakhrul UNIC Ketika Sesi Challenge Tebuk Terjemahan Ke Ayat Al-Quran Buat Ramai Terhibur. Kali Ni Turn Ustazah Sofizah Dan Ustaz Tarmizi Pula Gelak Besar Dekat Fakhrul, Haha !!
Sebelum ini telah dikongsikan video yang memaparkan Fakhrul UNIC, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki dan Ustazah Sofizah Mousin bermain satu permainan meneka nama penuh surah-surah yang ada dalam Al-Quran dalam rancangan Geng Ngaji.
Terbaru, dua video baru dikongsikan di akaun Instagram milik Tazkirah Malam Jumaat yang memaparkan Fakhrul bersama Ustazah Sofizah dan Ustaz Tarmizi bermain sebuah challenge. Kali ini mereka perlu tebuk terjemahan ke ayat Al-Quran.
Namun apa yang mencuit hati adalah telatah Fakhrul ketika gilirannya untuk meneka. Boleh dikatakan banyak yang Fakhrul tidak boleh jawab kerana soalan yang diterimanya agak susah berbanding ustazah Sofizah dan Ustaz Tarmizi. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ada yang mengatakan suka menonton perkongsian video seperti ini kerana dapat memberikan banyak manfaat untuk mereka walaupun terselit dengan adegan lawak. Sehingga kini, video Geng Ngaji tebuk terjemahan ke ayat Al-Quran menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur, ramai yang meluakan rasa suka menonton video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hahahhahahahahaha ustaz tarmizi kalau gelak payah nak berenti.. Kesian Fakhrul, hahaha sampai kena cari talian hayat sebab turn dia betul-betul susah, sekali kita pun jem juga.. “
” Geng ngaji memang power.. Mintak bagi lagi content macam ni epas ni. Best sangat sangat & really looking forward as such.. “
” Gelak2 pn boleh dpt banyak ilmu. Alhamdulillah. Tahniah semua.. Kita pun ikut teka jgk surah apa walaupun bukan level hafizah.. “
” Terbaik Content mcm ni.. eronok la ek nengok.. Terpaling yes ea bila abis, hahaha.. Semua dengat soalan je muka dah naik seram nak jawab, hehehe.. “
” Ustazah je yang seriuss, ustaz fakhrul ngan ustaz mizi byk main… Dekahhh sayaaa ostazzzzzz.. Pnjg makna padahal satu ayat je haa.. “
” Pasrah ustaz Fakhrul, mengekek yang dua lagi tu dekat belakang, hahaha.. Allahuu.. Dekahlah tengok depa ni, lawak betul perangai masing-masing.. “
” Ust tarmizi ni best hahahahaha sporting.. Fakhrul & ustz tarmizi mmg menghiburkan dan mudah terhibur.. Next level punya tebuk.. “
Fakhrul ada meninggal komen mengatakan rasa diri ‘tak adil’ gara-gara dapat soalan yang susah. Apa-apa pun benarlah apa yang dikatakan oleh warganet, perkongsian video tersebut sangat menarik dan dalam masa yang sama kita dapat mempelajari serta memperoleh manfaatnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tazkirahmalamjumaat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen

