Artis / Selebriti
” Tone Sheila padu, Liza jangan cakap lah memang power. Menyala sangat ni.. ” – Komen Netizen
Video rehearsal soundcheck persembahan Liza Aziz dan pasangan duetnya, Sheila Abdull raih perhatian ramai. Fuh meremang dengar paduan suara Liza dan Sheila ni. Dua-dua punya high note mantap, goosebump dengar. Rehearsal pun dah gempak macam ni..
Rancangan realiti Gegar Vaganza 11 kini telah pun memasuki minggu ke 9. Konsert GV malam ini bakal menampilkan 8 orang peserta yang masih lagi bertahan dan pastinya semua akan melakukan yang terbaik untuk terus berjuang sehingga ke peringkat akhir.
Sebagaimana yang diumumkan pada minggu lalu, untuk tugasan pada minggu ini semua peserta akan membuat 2 persembahan iaitu solo dan berduet. Antara pasangan duet yang paling dinanti-nantikan oleh semua ada duet Liza Aziz dan Sheila Abdull. Lagi Cinta Di Akhir Garisan dendangan asal Ziana Zain, Ning Baizura, Nora dan Dessy.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan rehearsal soundcheck giliran Liza dan Sheila. Kedua-dua cukup komited dengan tugasan dan memberikan persembahan yang menyengat.

High note adalah kekuatan baik untuk Liza mahu pun Sheila. Paduan suara mereka berdua saling melengkapi dan ini membuatkan warganet terutamanya peminat Liza dan Sheila tidak sabar untuk menonton persembahan penuh bintang kesayangan mereka ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sheila abdul ke yavg buat whistle tu? Wow.. Nice indeed.. Definitely the best duet of the night.. “
” 2 kali dengar ingatkan lagu omputih, lupa diorang perform lagu “cinta di akhir garisan”.. dua-dua saya suka, high note dorang berdua memang power.. “
” Liza Aziz sedap gila suara, Sheila pun boleh tahan. Bila bergabung, memang gempak.. harap keduanya dpt markah Tinggi utk duet ni.. “
” Go kak Liza go. can’t wait for her. BTW, for me both ada kelebihan masing² and bkn battle kan tp tgklah juri mcm mn nnt. Org lama still guna manual biarpun ada HP hahaha… Luv u Kak Liza.. “
” Cool jer Liza nyanyi. Malam besok pasti gamat weyyyyy.. she selalu tunjuk taring time live, loveee both sheila and liza.. “
” Peerrhhh jeritan kk liza.. berhantu betul.. Kak liza dah makan part ni how mehh.. sheila punya lontaran suara ada keunikan, best didengar. dua-dua lah sedap.. “
” Padu kak liza duet dgn sheila abdul cinta di akhir garisan.. tone Sheila padu, Liza jangan cakap lah memang power… menyala sangat ni, tak sabar nak tengok.. “
Baru dengar sedikit sahaja nyanyian Liza dan Sheila sudah membuatkan ramai yang meremang, persembahan penuh mereka tentu lagi gempak. Sama-sama kita nantikan persembahan duet Liza Aziz dan Sheila Abdull pada konsert malam ini. Teruskan mengundi bintang kesayangan semua okey.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sooka Malaysia, Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

