Artis / Selebriti
” Tok Ram tukang goreng Tok Jalal. Masuk air lah 2 orang ni, haha.. ” – Netizen

Video Dato’ Ramli MS Mengajar Dato’ Jalaluddin Hassan Menyanyi Buat Warganet Terhibyr. Adui Lah Tok Ram Ni, Macam Tu Je Dia Kenakan Tok Jalal. Nakal Sungguh, Haha !!
Semenjak digandingkan dalam rancangan Projek Bapak-Bapak, perhubungan Dato’ Ramli MS dan Dato’ Jalaluddin Hassan semakin akrab. Tidak hanya dalam rancangan itu, malah mereka berdua juga digandingankan juga sebagai duta jenama Bulan Bintang baru-baru ini.
Meninjau akaun Tiktok Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dato’ Jalal dan Tok Ram ketika menjadi tetamu jemputan di konti Era FM. Menerusi video ini, Dato’ Jalal menunjukkan skill menyanyi kepada Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin.
Pada awalnya, Dato’ Jalal menyanyikan sedikit sedutan lagu Widuri tetapi awal-awal lagi Tok Ram sudah komen mengenai accent Dato’ Jalal. Katanya Dato’ Jalal accent Melayu dan ada bin di tengah nama. Ayat ini sahaja sudah membuatkan Nabil, Pak Azad dan Radin berdekah ketawa.
Kemudian Dato’ Jalal cuba menyanyikan lagu raya tetapi terlupa lirik pula. Oleh kerana Dato’ Jalal tidak ingat lirik, Tok Ram membantu dengan menyebutkan lirik lagu itu. Eh sempat lagi Tok Ram kenakan Dato’ Jalal. Tiba-tiba lirik bertukar daa, dam pula perginya.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@era.je Hahahha lawak! Member Dato @jalaludinhassan dah semangat nak tunjuk skill menyanyi. Dato @tokram_ramlims boleh pulak buat hal 🤣 #sharERA #ERARadioNo1PingLegit #KuihBangkitERA
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahah sekali kena dam daa hahaha.. Tok ram tukang goreng tok jalal, lucu la bff 2 ketul ni.. ”
” Sbb tu abg roy ada dlm group ni sbb dia tukang gelak lawak dua org tok tok ni haha.. lagi apa…. hahaha… klakar ah atok² ni.. ”
” Saya nak duet dengan dato jalal.. Terbaik 2 Dato’ .. aduhh lawak, jangan open sangat tok ram oiI.. ”
” Lenteng 1… memang masuk air lah 2 orang ni.. baik punya jolok.. Alamak kena dam pagi raya.. ”
” Kene dam ekk… siot arrr tokram haha.. terbahak bahak kami di balai bekerja.. borak-borak kedai kopi yaa.. ”
” Ni dua ni dulu org2 serious dlm bidang seni. Tapi start kene GV trus jadi bahan makanan. gara2 Nabil la ni.. ”
” Nama ada bin kat tengah la haha.. Hareyy kena dam pagi raya haha. tak pernah tak kelakar.. ”
Lawak sungguh apabila Tok Ram menyakat Dato’ Jalal, riuh rendah dengan hilai ketawa Nabil, Pak Azad dan Radin. Semakin hari semakin kelakar Tok Ram, hilang sudah yang nampak serious dan garang dulu. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga semua pembaca juga terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen