Artis / Selebriti
” Throwback picture.. ” – Linda Jasmine
Linda Jasmine muatnaik gambar throwback bersama tiga orang cahaya matanya. Cantiknya Ratu dan Cloe. Dah lama tak tengok Qalif. Kecil-kecil dulu tengok kat Diari AF. Sekarang dah makin handsome lah..
Meninjau ke akaun Instagram Linda Jasmine, sekeping gambar throwback bersama tiga orang cahaya matanya telah dikongsikan. Baru beberapa jam gambar ini dimuatnaik, sudah menerima lebih tujuh ratus tanda suka daripada warganet.
Linda dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan dan seorang cahaya mata lelaki. Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar merupakan cahaya mata menerusi perkahwinannya bersama pelakon, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Linda mempunyai seorang nak lelaki bernama Qalif Khan. Ketiga-tiga cahaya mata Linda ini sudah meningkat remaja dan mewarisi kecantikan Linda. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Umum juga mengetahui bahawa Linda dan Que Haidar sudah pun berpisah pada 2 Julai 2024 yang lepas. Namun begitu hubungan mereka kekal baik dan bersepakat untuk terus memberikan sokongan antara satu sama lain demi anak-anak.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Sama ada Que atau pun Linda, mereka tidak menjelaskan secara terperinci punca perceraian mereka. Mereka mengambil pendirian untuk berdiam diri dan menghormati isu peribadi kedua-dua pihak. Tiada siapa menyangka perkahwinan mereka selama 15 tahun berakhir dengan penceraian.

Sikap mereka ini sangat dipuji kerana tetap berbaik dan tidak membesar-besarkan kisah penceraian mereka di media sosial. Kami di Berita Kopak mendoakan agar segala urusan Linda Jasmine dipermudahkan bersama anak-anak. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG linda jasmine
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adik tu dah mengantuk sampai dah keluar air liur. Terpaksa, haha.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah, dah siap lagu pengantin baru. Romantis lagu, hebat Dida.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Merdunya suara Hussain ni. Lunak merdu dia berqasidah tu, dengan kita rasa meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen

