Artis / Selebriti
” Tersentuh tengok video ni, senyuman Dharma tu paling bermakna.. ” – Komen Netizen

Video Dharma Harun Al-Rashid bermain keyboard diiringi nyanyian spontan oleh Datuk DJ Dave buat ramai tersentuh. Alahai, sebaknya tengok Dharma..
Baru-baru ini tular berita mengatakan pelakon popular era 1980-an iaitu Dharma Harun Al-Rashid berdepan dengan masalah kesihatan. Akibat hal tersebut, berat badan Dharma telah susut dan Dharma tidak dapat bekerja dan sekali gus hilang punca pendapatan.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik penyanyi Datuk DJ Dave, telah memaparkan video DJ Dave datang ke rumah Dharma untuk menziarahi sahabatnya. Menerusi video itu, DJ Dave meminta Dharma untuk bermain keyboard dan dalam masa yang sama DJ Dave turut menyanyi.
Nyanyian DJ Dave tersebut seolah-olah memberikan kata-kata semangat kepada Dharma. Ketika bermain keyboard, Dharma kelihatan mengukir senyuman mendengar nyanyian DJ Dave. Di ruang kapsyen pula, DJ Dave menitipkan kata-kata Dharma.
Perkongsian video DJ Dave ini hingga kini telah ditonton lebih 800 ribu tontonan dan menerima ribuan komen daripada warganet. Ramai yang mengatakan tersentuh menonton video tersebut dan memberikan kata ucapan terima kasih kepada DJ Dave kerana menziarahi Dharma dan memberikan kata semangat kepada Dharma.
Tonton video di bawah ini :
@djdaveofficial Dari kesunyian, lahir sebuah melodi. Sahabatku Dharma — seorang penyanyi, pelakon, dan pejuang. Hidup menguji dirinya, namun hari ini, dia kembali menyentuh piano selepas bertahun-tahun. Semoga ini menjadi nota pertama kebangkitannya. Terus kuat, saudaraku. Pentas masih menantimu. 🎶💪✨ From silence, a melody was born. My dear friend Dharma — a singer, an actor, a fighter. Life took its toll, but today, he touched the piano again after years. Let this be the first note of his comeback. Stay strong, brother. The stage is still waiting for you. 🎶💪✨ #KembaliBersinar #SahabatSejati #MelodiHarapan #SemangatUntukHidup #PentasMasihMenanti #DoaUntukDharma #PerjalananHidup #KekuatanSahabat #DariHatiKePiano#fypppppopp
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan turut menitipkan kata-kata semangat kepada Dharma. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Tq Dato hiburkan kawan lama. Sedih plk.. Semoga Dharma Harun Al Rashid cepat sembuh, panjang umur dan dipermudahkan segala urusan.. “
” Semoga Allah bg kesembuhan buat Dharma pelakon hebat. Tqvm DJ Dave dtg menghiburkan lara seorg anak seni… Allahuakbar… “
” Semoga Dharma Harun dapat rawatan yg sepatutnya dan terus sihat. Andai ada rakan artis dtg ziarah pasti dia gembira.. Bukan mengharapkan bantuan tapi perlukan kata2 semangat supaya dia ceria dan dtgkan kekuatan.. “
” Wah tak sangka abg Dharma Harun serba boleh… Pandai main piano… Semoga sehat selalu abg Dharma, kuat semangat ya.. “
” Rakan2 sentiasa beri sokongan kpd rakan yg down.. Insha allah memberi semula kekuatan kpd Dharma Harun Al Rashid.. “
” Nampak Abang Dharma tersenyum gembira…Ternyata dia masih di ingati. Terbaik Datuk, kerana sentiasa ada di waktu para seniman memerlukan.. “
” Tersentuh tengok video ni, senyuman Dharma tu paling bermakna.. Tq Datuk, pergi ziarah Dharma, bagi semangat untuk dia.. “
Benar lah persahabatan itu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit, masa mahupun hadiah. Semoga dengan kehadiran DJ Dave ini sedikit sebanyak dapat memberikan Dharma semangat untuk terus sihat dan kuat mengharungi ujian yang dihadapinya. Sama-sama kita doakan agar Dharma cepat kembali sihat seperti sediakala dan segala urusannya dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok djdaveofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen