Artis / Selebriti
” Terperanjat aku tengok, memang sebijik arwah.. ” – Netizen
Joey Daud Kongsi Video Seorang Lelaki Yang Wajahnya Begitu Mirip Seperti Arwah Mamat Khalid Raih Perhatian Ramai. Alahai Terkejut Tengok, Memang Sebijik Sama Macam Arwah !!
Nama pengarah filem Malaysia iaitu arwah Mamat Khalid memang dikenali ramai. Mamat Khalid terkenal dengan hasil karyanya yang unik. Malah, jenaka dan mesej yang disampaikan menerusi filemnya juga mudah untuk difahami dan dekat dengan penonton.
Antara karya-karya Mamat Khalid yang terkenal termasuk Man Laksa, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Zombi Kampung Pisang dan terdahulunya adalah, Pinang Durian, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel serta Abang We. Untuk rekod, Mamat pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk telefilem Pinang Durian.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik pelakon Joey Daud telah dikongsikan video yang merakamkan Joey bersama beberapa pelakon lain. Namun salah seorang yang ada bersama dengan mereka telah mencur1 perhatian warganet. Hal ini kerana wajah lelaki tersebut begitu mirip seperti arwah Mamat Khalid.

Perkongsian ini menjadi perbualan warganet. Ada yang mengatakan memandang wajah lelaki tersebut sekali imbas seperti arwah Mamat Khalid. Bahkan ada juga meluahkan rasa rindu kepada Mamat Khalid selepas menonton video yang dikongsikan oleh Joey ini.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@joey_daud semoga rohnya bersama dgn org2 yg beriman..aaminn..rinduu#mrjowa #joeydaud #daudm #tampahamakum #idumkenamadamwamwamsam #kampongpisang #kingvintage #barangkenarare #yiiimpiiim #yimpim #vintage #collector #vintagehunter
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka mengakui wajah lelaki tersebut memang seiras seperti arwah Mamat. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Terperanjat aku tengok, memang sebiji arwah.. Rindu rasanya dgn arwah dan karya arwah Al-Fatihah buat arwah Mamat Khalid.. “
” Ya Allah.. Rindu arwah abg Mamat Khalid, walaupun dpt tgk kjap, sama tp tak serupa dah pun ok.. Semoga arwah tenang di sana.. “
” Eh.. Sama tapi bukan dia.. Al fatihah utk almarhum Mamat Khalid.. Walaupun tak pernah bertemu, tapi memang suka betul dengan semua filem2 hasil karyanya.. “
” Sumpah meremang aku tgk memula.. Tibe2 jdi sebak, al-fatihah utk arwah Mamat Khalid.. Tinggal kenangan.. Dah tak ada filem2 best daripada arwah.. “
” Bang, tanjat saya tau.. Subahanallah… Terkejut saya.. Termenangis jap saya td tgk video ni.. Rindu tersangat² dgn arwah Abg Mat.. “
” Masyaallah tabarakallah sama.. Al-Fatihah buat arwah Mamat Khalid.. Jangan cakap Abg Joey jer rindu, kami semua pun rindu jg.. “
” Sama lah, gaya dia buat pun seolah2 ada sama style Mamat Khalid.. Siapa ni, pelakon juga ke dia.. Terkej0t tengok tadi.. “
Serupa tapi bukan dia. Itu lah yang dapat dikatakan kerana yang pergi pasti tidak akan kembali lagi. Perkongsian oleh Joey ini ternyata mereka merindui pengarah yang mereka sayangi. Apa-apa pun semoga arwah Mamat Khalid tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi oleh Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok joey_daud
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti7 days ago” Rayyan berlari pun beza dengan yang lain. Dah memang terlatih, power.. ” – Komen Netizen



