Connect with us

Artis / Selebriti

” Terima kasih Fasha sebab kongsi rezeki dengan adik Grab. Seb4k tengok video ni.. ” – Netizen

Video Fasha Sandha Akhirnya Dapat Bertemu Dengan ‘Adik Grab Contoh’ Yang Viral Buat Peminat Tersentuh. Seb4k Adik Shahril Apabila Fasha Berkongsi Rezeki Dengannya Dan Dilayan Dengan Baik Oleh Fasha Dan Family. Alhamdulillah !!

Sejak semalam, Fasha Sandha mencari adik Grab yang disifatkan sebagai seorang yang jujur dan bertanggungjawab. Berikutan tularnya video adik Grab ini yang berani untuk bertanggungjawab atas kesal4hannya terhadap seorang pemandu kereta Vellfire, Fasha berhasrat untuk memberi hadiah kepada pemuda itu.

Akhirnya pencarian Fasha membuahkan hasil apabila pemuda itu berjaya ditemui. Dengan pertolongan daripada abang ipar Fasha, hasrat Fasha tercapai. Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan video yang memaparkan detik pertemuan mereka.

Kata Fasha, adik ini bernama Shahril bin Zakaria dan berusia 19 tahun. Anak muda yang baik dan tidak aktif di media sosial, jarang untuk bertemu anak muda sebegini ye. Fasha turut memuji adik Shahril ini baik budi bahasanya. Manis orangnya, senyuman tidak lekang di bibir.

Seronok melihat kegembiraan adik Shahril apabila dapat bertemu Fasha dan Aidil. Alhamdulillah, orang yang baik Allah pasti ditemukan dengan insan yang baik hatinya juga. Fasha dan keluarga juga menyantuni adik Shahril ini dengan cukup baik. Kelihatan adik Shahril seb4k ketika menerima ‘rezeki’ yang dikongsikan oleh Fasha.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Video yang viral sebelum ini :

Perkongsian oleh Fasha ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Adik grab contoh vs artis fashasandha contoh.. Alhamdulillah.. Segalanya d permudahkan urusan.. Benda baik InshaaAllah mudah urusannya.. Tq juga pada abg kpd adik Grab contoh ni muhamadalif7017.. “

” Alhmdulillah.. Seb4k tengok video nie.. Semoga kak fasha & family dimurahkan rezeki and Di permudahkn segala ursan.. Aminn.. “

” Alhamdulilah adik, u tak salah jumpa kak fasha sebab dia sangat lah baik hati. Semoga yg baik baik saja untuk kak fasha and awak ye dik.. “

” Alhamdulilah.. adore you Fasha. Rezeki jumpa dgn org baik.. Alhamdulilah. Semoga kak fasha dan keluarga sentiasa d murah kan rezeki. Amin yra.. “

” Masha Allah rezeki adik ni dpt jumpa kak fasha depan2.. Contoh yang baik. Semoga adik berjaya dunia dan akhirat.. Senyum tak lekang di mulut.. “

” Alhamdulillah.. semoga makin melimpah ruah rezeki kalian semua.. aaminnnn.. terima kasih sbb kongsi rezeki dgn adik grab, semoga dimurahkan rezeki.. “

” MasyaAllah, Alhamdulillah semoga rezeki Fasha dan Keluarga juga adik Grab dan keluarga, juga Bro yg kena langgar tu dipermudahkan Allah swt.. “

Semoga kebaikan yang dilakukan oleh Fasha ini menjadi inspirasi untuk semua. Begitu juga dengan sifat dan keperibadian adik Shahril ini diharapkan menjadi contoh dan teladan. Semoga terus maju jaya adik Shahril dalam hidup selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT