Artis / Selebriti
” Terharu tengok suami ajak anak bujang ke masjid walaupun tengah bercuti.. ” – Lana Nodin
Lana Nodin kongsi momen menyentuh hati melihat suaminya, David McKinzie sanggup mencari Masjid untuk menunaikan solat walau dalam perjalanan. Betapa hidayah itu milik Allah..
Pelakon, Lana Nodin meluahkan rasa syukur dan terharu apabila melihat perubahan positif dalam diri suaminya, David McKienzie yang merupakan seorang mualaf. Meskipun sedang bercuti, David dilihat tetap berusaha mencari masjid untuk menunaikan solat berjemaah.
David sanggup menggunakan aplikasi navigasi untuk memastikan mereka sekeluarga dapat solat di mana-mana masjid berdekatan. Menurut Lana, apabila ditanya kepada suaminya mengapa begitu bersungguh-sungguh menunaikan solat di masjid, jawapannya cukup menyentuh hati.
David memberitahu yang dirinya berasa lebih tenang apabila dapat solat di masjid bersama jemaah. Lebih membahagiakan, anak lelaki mereka, Billy, kini semakin bersemangat untuk mengikuti jejak langkah bapanya. Setiap kali suami Lana ke masjid, Billy juga mahu turut serta.

Bagi Lana, hal ini adalah satu nikmat besar kerana ia menunjukkan betapa hidayah Allah SWT itu benar-benar milik-Nya, dan hanya dengan izin-Nya sahaja seseorang itu mampu istiqamah dalam beribadah. Dalam perkongsian itu, Lana menegaskan yang niatnya bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar mengingatkan diri sendiri dan memberikan contoh kepada orang lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian tersebut menerima doa dan pujian daripada para peminat yang turut tersentuh melihat kesungguhan David dalam mendidik diri serta keluarga mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antara komen-komen yang diberikan :
” Isteri hebat terbaik sy selalu tgk tak mudah nk didik org yg baru masuk islam dan kekalkn ,, mmg hidayah milik allah tp usaha seorg isteri masyallah terbaik kak.. “
” Alhamdulilah..bila suami kita dah mencontohi yg baik, kita pun kena sertai sama…standby telekong so bila wkt solat dimana2 pun kita boleh laksanakan kewajipan.. “
” Semoga Lana dan suami sekeluarga sentiasa dalam pimpinan dan perlindungan Allah, berbahagia bercinta hingga syurga. We love you.. “
” Berair mata.. Kdg kita ni ada waktu lalai.. Tp bila kaki jejak masjid, auto jd tenang walau dlm kepala tu serabut dgn masalah.. “
” Semoga keluarga kecil ini sentiasa dalam lindungan dan Rahmat Allah. Allahumma Ameen. Alhamdullilah kak ..semoga family kak lana dilindungi n dirahmati Allah selalu.. “
” Alhamdulillah. Semoga terus istiqomah yer. Biar kita sama2 berkumpul dalam syurga….Aamiinn. Tapi mmg pun bila solat kat masjid, vibes dia lain kan.. “
” Semoga Allah pelihara lana , suami & anak2 dlm kalimat tauhid & dgn mrmatuhi syariat2Nya. lana moga dprmudahkan semua urusan family lana dunia akhirat.. “
Lana memanjat rasa syukur tidak terhingga melihat perubahan suami yang begitu mendalami agama Islam. Semoga keluarga ini sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan semoga Lana serta suami dan anak-anak sentiasa berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lana Nodin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim


