Connect with us

Artis / Selebriti

” Tergelak saya haha. Happy family.. ” – Netizen

Video Gelagat Rayfal Dan Jemyma Kacau Aidil Aziz Tengah Karaoke Lagu Raya Buat Ramai Terhibur. Alahai Siap Bergayut Lagi Jemyma, Manja Sungguh Dua Beradik Ni Dengan Aidil !!

Umum mengetahui kebahagiaan keluarga kecil Fasha Sandha bersama Aidil Aziz. Walaupun ianya perkahwinan kali kedua buat Fasha, namun Fasha membuat pilihan yang tepat dengan memilih Aidil sebagai pasangan hidup barunya.

Sikap Aidil yang penyayang terhadap dua orang anak Fasha daripada perkahwinan terdahulunya, Jemyma dan Rayfal bukan lakonan semata-mata. Ianya turut diakui oleh bekas suami Fasha sendiri Jejai, yang memuji sikap dan layanan Aidil terhadap anak-anaknya itu.

Aidil yang memang rapat dengan Jemyma dan Rayfal sering melakukan banyak aktiviti bersama-sama. Di mana ada Aidil, pasti di situ juga akan ada dua permata kesayangan ini. Aidil pula sangat penyabar dalam melayani kerenah dan manja dua anak comel ini.

Menerusi akaun Instagram, Aidil Aziz telah berkongsikan satu video yang memaparkan aksi beliau yang sedang menyanyikan lagu hari raya. Apa yang melucukan adalah gelagat Jemyma dan Rayfal yang mengac4u Aidil buat ramai yang tersenyum. Manja bukan main lagi dua ketul kesayangan ni.

Jom tonton video di bawah :

Ragam Aidil bersama anak-anak ini buat ramai terhibur. Antara komen-komen mereka :

” Senyum jee Aidil melayan kerenah anak-anak sambil nyanyi. Baguss.. “

” Sambil record menari, menyanyi, tegelak hahaaa.. “

” Hahah… Tukang kac4u tu nak nyanyi juga deme.. “

” Hahahaaaaa peminat kecil siap request nyanyi tak bagi balikk… Ni aktiviti kalau kat kg rembau, tapi takde this year hahahaha.. “

” Haha. Tergelak saya. Happy Family.. “

” Sedapnya suara.. “

Gembira dan bahagia sungguh melihat kemesraan dan keakraban Jemyma dan Rayfal dengan Aidil ini. Bukan pertama kali malah sejak dari dulu lagi kemesraan mereka ini jelas terlihat. Beruntung sungguh keluarga ini penuh berkasih sayang. Apa pun, semoga Aidil sekeluarga sentiasa diberi kebahagiaan dan kegembiraan selamanya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aidil Aziz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT