Artis / Selebriti
” Tak terluah dengan kata-kata. Yang pasti Mama masih dengan harapan dan impian yang sama.. ” – Abby Abadi
Video Abby Abadi menerima kejutan sempena hari lahirnya daripada Memey Suhaiza, Norman Hakim dan anak-anak. Wah Marissa pun ada. Kapsyen yang ditulis oleh Abby untuk anak-anaknya raih perhatian ramai..
Semua sedia maklum keakraban antara Abby Abadi dan Memey Suhaiza. Keluarga besar mereka selalu berkumpul dan melakukan banyak aktiviti bersama-sama. Kasih sayang yang terjalin antara Abby, Memey, Norman dan semua anak-anak membuatkan ramai yang kagum.
Meninjau entry di akaun Instagram Abby Abadi dan Memey Suhaiza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Memey, Norman, Jai dan anak-anak meraikan hari lahir Abby. Seperti biasa, Memey adalah mastermind kejutan untuk meraikan birthday Abby.
Semua memakai baju bertemakan warna putih dan kelihatan gembira. Marissa Dania Hakim juga turut bersama-sama meraikan Abby. Sambutan yang simple sahaja, namun membahagiakan hati Abby dan keluarga. Sememangnya keluarga adalah keutamaan untuk Abby.

Panjang coretan Abby menerusi postingnya kali ini. Abby menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Allah atas nikmat yang diberikan dari dulu sehingga lah sekarang. Harapannya menggunung semoga mereka sekeluarga sama-sama berbahagia dunia dan akhirat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sanah Helwah sis abby semoga Allah sentiasa merahmati perjalanan hidupmu.. sweet sangat family ni.. sebak tapi gembira tengok kebahagiaan Abby Memey Norman dan anak-anak.. “
” Masyaallah kluarga pilihan Allah .. sebak saya tgk terharu…. happy besday Abby semoga sentiasa dlm dakapan Rahmat Allah.. semoga kluarga ini akan berkpumpul di syurga bersama Rasullullah saw.. Amiin.. “
” Semoga Allah jaga hubungan baik ini sampai syurga.. happiest birthday wanita kuat Sis Abby.. semoga terus berbahagia.. tumpang gembira tengok.. “
” Semoga Allah karunia kan terus kebahagian dunia akhirat untuk kk Abby, ya Allah sungguh tenang wajah KA abbdy sperti hati kak Abby in syaa Allah, semoga kak Abby terus berada dlm prlindungannya , bahagia bersama suami dan anak2 tercinta.. “
” Mummy memey mmg suka buat suprise2 kan… Happy besday mama ebby.. semoga Keluarga ni diberkati dan bahagia selalu.. “
” Tak tau nak cakap, setiap kali tgk kemesraan kekuarga ni, aku rasa bahagia sangat sampai rasa nk nangis. Aku doakan family besar abby dan memey terus bersatu dan berkasih sayang hingga ke syurga. Anda mmg ibu2 yg hebat buat anak2 dan suami kalian.. “
” Happy birthday kak yebby.. bahagia nya sampai ke sini.. jelas terpancar keikhlasan semua yg ada disitu.. semoga bahagia selamanya buat keluarga besar mama yebby.. “
Hanya Allah yang tahu betapa bahagianya hati Abby dikelilingi dengan insan-insan yang menyayangi dirinya. Jai, Memey , Norman dan anak-anak menjadi pelengkap hidup Abby. Selamat hari lahir Abby daripada kami di Berita Kopak dan semoga Allah kurniakan Abby kebahagiaan yang berpanjangan bersama keluarganya ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi, IG Memey Suhaiza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara tu bapak argh sedap. Memang sapu semua lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adakah suami saya i macam pelik-pelik sikit atau pun memang macam tu lelaki ? ” – Erra Fazira

