Artis / Selebriti
” Tak tahulah dia buat majlis berendoi cucu atau kenduri nikah cucu, hehe.. ” – Didie Alias
Video sekitar majlis berendoi cucu Sharifah Shahirah curi perhatian warganet. Wah, betul-betul meriah yer Tok Ma Shiera raikan cucu. Dah macam kenduri kahwin, hehe..
Umum mengetahui pada bulan Disember tahun lalu, pelakon Sharifah Shahirah telah bergelar nenek apabila anak perempuannya iaitu Allisya selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang. Perkongsian tersebut dikongsikan sendiri oleh Shiera di akaun Instagram miliknya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik pelakon Didie Alias, telah dikongsikan video yang memaparkan Didie menghadiri majlis berendoi cucu Shiera. Menerusi video itu, kelihatan majlis tersebut diadakan dengan penuh meriah dan dihadiri ramai tetamu.
Seloroh Didie di ruangan kapsyen, majlis berendoi cucu Shiera ini sudah seperti majlis perkahwinan. Selain itu, tambah Didie, dia sangat seronok menghadiri majlis tersebut kerana dapat bertemu sahabat-sahabat lama. Perkongsian video ini juga telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang mengatakan suka melihat majlis yang diadakan oleh Shiera. Bahkan bukan itu sahaja, wajah-wajah selebriti yang hadir juga mencuri perhatian warganet. Sehingga kini, perkongsian oleh Didie itu menerima puluhan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Meriahnya majlis.. Semua pelakon ada.. Sy membesar dgn lakonan wajah² ini semuaa . Alhamdulillah semua masih sihat² gojes belaka.. “
” Lurve sangat tengok legend² ni semua.. Kak DD kita pernah jumpa & berbual dengan akak belas tahun yg lalu.. Heh he now you masih kekal muda.. “
” Alhamdulillah.. Comel betol cucu kak rara.. Bestnya tgk bonding artis2 ni.Tahniah kak rara. Rindu nak dgr celoteh kat radio lah.. “
” Semua Cantik.. Sopan manis²… Semoga cucu Kak shera membesar sihat jd anak pintar n berjaya didunia n akhirat.. Aminnn.. “
” Tahniah kak rara dah ada cucu. Teringat masa kita opah serta majlis marhaban dulu, skrg dah tak sehat.. Semua dah bercucu tapi knp tok2 tak nmpk tua ni.. “
” Comelnya cucu Kak Shiera.. Alhamdulillah membesar dengan sihat ya sayang.. Semoga menjadi anak yang solehah buat mummy dan daddy.. “
” Fuhh siap ada selimpang lagi, hehe so cute.. MasyaAllah… tahniah Mama Maria dah upgrade jadi Nyang.. Tapi still nampak muda lagi wlpn dah ada cicit.. “
Wah meriah sungguh majlis berendoi ini. Bak kata Didie, Shiera sangat teruja menyambut cucu sulungnya itu. Apa-apa, tahniah diucapkan kepada Shiera yang sudah bergelar seorang nenek. Didoakan semoga cucu Shiera ini terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ladydidiemsia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

