Artis / Selebriti
” Tak sangka Ajai akan cakap macam ni, setuju dengan Ajai.. ” – Komen Netizen

Video Ajai Bercerita Mengenai Hafiz Suip Raih Perhatian Warganet. Kata-Kata Dan Nasihat Ajai Kepada Hafiz Begitu Menusuk Ke Hati !!
Penyanyi lelaki berbakat besar, Hafiz Suip pernah menjadi topik perbualan hangat warganet apabila Hafiz menyepi dari dunia seni tanahair. Baru-baru ini juga, warganet dikejutkan dengan penampilan Hafiz yang jauh berbeza dan Hafiz kelihatan seperti mempunyai masalah yang tidak diwar-warkan kepada umum.
Pelbagai gosip timbul dan ramai yang sedih melihat perkembangan Hafiz itu. Namun kemunculan Hafiz ketika latihan bersama komposer terkenal Ajai beberapa hari lalu menghilangkan kegusaran peminat Hafiz. Untuk makluman semua, Hafiz turut akan menjayakan Konsert by Ajai & Mega Friends Megastar Arena, KL pada 3 Aug 2024 akan datang.
Menerusi akaun Tiktok Sinar, telah dikongsikan satu video temubual antara Ajai dan penyampai Sinar FM bercerita mengenai situasi semasa Hafiz. Kata Ajai, dia sudah lama mengenali Hafiz dan Hafiz antara penyanyi kesayangannya. Ajai turut mengiyakan yang Hafiz kini ada masalah yang ditanggungnya.
Ajai sudah pun menganggap Hafiz seperti adiknya sendiri dan memahami situasi Hafiz sekarang. Satu sahaja pesanan Ajai untuk Hafiz supaya berpegang pada Allah, maka selamatlah hidup kita. Menyayangi orang lain tidak boleh melebihi sayang kepada Allah. Setelah Hafiz bercakap dengan Ajai, hati Hafiz kembali bersemangat dan itu yang mendorongnya untuk hadir ke sesi latihan semalam.
Jom tonton video di bawah :
@sinar_my Ajai dah anggap Hafiz Suip seperti adik sendiri. Memahami masalah yang dialami Hafiz Suip. “Pegang pada Allah selamatlah kamu hidup” #SINARKongsi #BorakSelebriti #exists #ajai #hafizsuip #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp
Video Hafiz bersama Ajai dan pemuzik pada sesi latihan :
@ohmymilkmonsters Kuat ya Hafiz! Abang Ajai kembalikan kerinduan peminat terhadap Hafiz Suip di Konsert by Ajai & Mega Friends Megastar Arena, KL 3 Aug 2024 #hafizsuip #hafizcomeback #konsertbyajaiandmegafriends #kualalumpur #wakethebabyrecords #byajai @Hafizsuip @DayangNurfaizah @Aina Abdul @Aufahanie 𐙚 @HAZAMA @byajai #konsertbyajaiandmegafriends #ohmymilkmonsters
@sinar_my Ramai yang tertanya tentang Hafiz Suip kan? Jangan risau, dia bakal membuat kemunculan nanti untuk Konsert ByAjai & Mega Friends pada 3 Ogos ini 😍 Dapatkan tiket anda sekarang! 🙌🏻😭 #SINARKongsi #KonsertByAjaiAndMegaFriends
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Terbaik abang ajai.. abang memang terbaik tengok-tengokkan Hafiz bang, bakat dia mahal.. Terbaik bro.. we will support Hafiz Suip.. ”
” Wahhh abang ajai, paduu ayat.. jangan sayang sesiapa melebihi Allah.. ajai pernah lalui.. sebab tu ajai tahu macam mana nak bantu hafiz.. ”
” Abang Ajai ni selalu positive.. Bila org cerdik bercakap… Ilmu sangat penting… setuju dengan Ajai.. Allah yang utama untuk disayangi.. ”
” Dalam orang ade masalah, ajai boleh ckp itu rezeki dia berada dlm situasi org tue. susahnya nak jumpa org mcm nie. move on hafiz. nasihat yg sgt membina utk awk hafiz.. ”
” Betul Ajai…” jangan sayang seseorang melebihi Allah “.. favourite juri dlm rancangan realiti nyanyian mlysia. komen dia sangat² membina.. ”
” Sangat2 setuju Ajai.. nasihat YG sangat2 deep dan hebat.. menusuk terus ke Hati. Tak sangka Ajai akan cakap macam ni. Beautiful words abang ajai.. ”
” Padu nasihat dan pesanan Ajai ni.. Ayat paling hebat sayang manusia tidak lebih dari sayang Allah.. Terbaik Ajai, kata-kata tu deep.. ”
Setiap ayat yang keluar daripada mulut Ajai ini memang betul dan dipersetujui ramai. Teruskan perjuangan, lupakan kisah lalu dan paling utama sentiasa sayang Allah melebihi manusia. Apabila kita berpegang kepada Allah, inshaAllah akan selamat dunia dan akhirat. Semoga Hafiz akan kembali seperti dahulu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sinar, Tiktok Ohmymilkmonster
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen