Artis / Selebriti
” Tak sabar nak tengok anak Ryan dibedakkan nanti, hehe.. ” – Netizen
Menang Anugerah Popular Creator Of The Year Di TikTok Awards, Rayan Bakery Kongsi Berita Gembira Isteri Sedang Hamil. Alhamdulillah Rezeki Anak. Wah Dah Tak Lama Dah Baby Nak Keluar, Tahniah !!
Semalam telah berlangsungnya majlis TikTok Awards Malaysia dan banyak kategori yang dipertandingkan. Saingan juga sengit dan semua pencalonan mempunyai pengikutnya tersendiri. Salah seorang yang memenangi satu daripada anugerah semalam adalah Ryan Bakery.
Meninjau akaun Tik Tok Astro Awani, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan temubual Ryan bersama wartawan sesudah selesai majlis berprestij itu. Untuk makluman, Ryan memenangi anugerah Popular Creator Of The Year.
Kata Ryan, dia sendiri tidak menyangka akan menang kerana kawannya, Sofyan juga antara pesaing yang hebat dalam kategori yang sama. Namun ini adalah rezeki isteri dan anaknya, dan secara rasminya Ryan memaklumkan isterinya kini sedang hamil 5 bulan.

Alhamdulillah memang rezeki anak dan isteri Ryan. Ryan juga tidak kurang hebatnya kerana setiap kali video Ryan dimuatnaik pastinya jumlah likes yang dikutip mencecah puluhan ribu, malah ratusan ribu pun ada. Alahai budak bedak ni sudah hendak menjadi bapak budak tak lama lagi.
Jom tonton video di bawah :
@501awani “Saya kongsi rezeki isteri dan anak saya, isteri saya dah hamil lima bulan,” – @𝙍𝙮𝙖𝙣𝘽𝙖𝙠𝙚𝙧𝙮 #TikTokAwardsMY
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak sabar nak tengok anak Ryan dibedakkan nanti hehe. Tahniah Ryan bakal jadi bapak dah tak lama lagi.. ”
” Tahniah Ryan, tak rug1 kena dendam semalam hehe.. Takpe Ryan, rezeki masing-masing.. terus hiburkan kami ya.. ”
” Ryan ni memang layak menang . Content dia aku boleh tengok setiap satu satu tu sampai pukul 3 pgi ya.. ”
” Tahniah, rezeki tak salah alamat.. Alhamdulillah nanti anak nama ada bakery jugak ke.. hehe mesti putih berbedak baby nanti.. ”
” Dah agak pregnant sebab nampak seri ibu tu hehe.. semoga jd semangat utk ryan menghasilkn content2 yg berkualiti dan mnghiburkn … tahniah.. ”
” So humble Ryan, best content dia.. Tahniah nak jadi bapak dah, rezeki anak betul tu.. stull humble ye.. ”
” Tahniah Ryan, rezeki anak dan isteri.. Time tu anak pulak kena sapu bedak hehe.. nanti buat video dengan anak pula, lagi banyak idea keluar.. ”
Kalau sudah tertulis rezeki itu milik Ryan, tak akan tersasar kepada orang lain iye tak. Belum keluar lagi anaknya sudah ada rezeki untuk si ayah. Tahniah Ryan kerana bakal bergelar ayah tidak lama lagi dan sekalung tahniah juga atas kejayaan yang dikecapi. Teruskan berkarya dan menghiburkan semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Awani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jadi Bella rasa macam ini nak bagi hantaran ke nak bagi bantuan. Bantuan ibu tunggal ke kan.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Key note suara dia macam Hafiz Suip. High note dia tarik pun sedap, suara paling solid.. ” – Komen Netizen

