Connect with us

Viral

” Tak padan dengan umur 7 tahun, cakap dah serupa makcik-makcik.. ” – Netizen

Video Adik Adyna Summayyah Bercerita Mahu Jadi Model Tapi Gigi Tiada Buat Ramai Terhibur. Alahai Part Nasihat Dia Tu Memang Padu, Terbaik Mayah !!

Adik Adyna Summayyah binti Mohd Bakri yang coletehnya berloghat utara ini pernah videonya menjadi viral pada awal tahun lalu. Lebih dikenali dengan panggilan manja Mayah ini, dia baru sahaja berusia tujuh tahun, namun gayanya bersembang mengalahkan orang dewasa.

Gelag4tnya bercakap dengan membuat mimik muka yang comel telah berjaya mencu1t hati para netizen di laman media sosial. Malah perkongsian videonya itu telah membuatkan dirinya kini dikenali ramai. Adik Summayyah ini turut mempunyai akaun di Instagram dan mempunyai lebih 90 ribu follower.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, adik Summayyah telah berkongsi satu video yang memaparkan dia bercerita mahu menjadi seorang model. Namun menurut adik Summayyah, dia baru sahaja pat4h gigi hadapan dan dia tetap berkeyakinan untuk menjadi model yang tiada gigi .

Sempat juga menerusi video itu, adik Summayyah memberikan kata-kata motivasi kepada ramai untuk mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bercakap walaupun  tidak mempunyai gigi. Memang terhibur melihat aksi adik Summayyah dalam video yang dikongsikannya itu.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video oleh adik Summayyah itu telah mencu1t hati ramai. Rata-rata para netizen turut memuji akan keyakinan yang ada pada adik Summayyah itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Akak dari Singapore tau suka bebenor kat Adik Mayyah ni… Gerekkkkkk ah dik, hehe suka betul tengok video-video adik.. “

” Tak padan dengan kecik. Pemikiran dia ya Allah positfe g1la. Proud of you, besar nnti jadi org yg hebat ya adik.. “

” Alaahai cute nye, buat auntie gelak noh… Pandai lah dia cakap, tak padan dengan umoq baru 7 tahun, cakap dah supa makcik-makcik.. “

” Tak dak gigi pun comey aik adik, jadi model boleh aikm gigi yang tak dak sebatang ja, hahahaha, ad0i lawak lah.. “

” Dia kalau cakap tak sah kalau tak buat orang gelak, memang lawak, keyakinan tinggi, suka betul dgn cara dia.. “

” Summayyah oi, awat comel sangat, tak larat gelak tengok video hampa, lawak, pandai bagi nasihat noh.. “

” Nak jadi model ke adik, ahahah cakap kena yakin-yakin yer, walaupun gigi tak ada, aduh4i so cute lah.. “

Comel betul lah adik Summayyah ni cakap, gaya confident dia memang tinggi, patut lah ramai yang puji. Tak ada gigi pun comel adik oii bila cakap, hahaha. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap adik Summayyah akan menjadi seorang anak yang baik dan berjaya di masa hadapan, belajar rajin-rajin yer adik.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Adyna Summayyah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT