Artis / Selebriti
” Tak dengar langsung ambik nafas. Part tinggi tu macam sekali dia hembus je. Power lah.. ” – Komen Netizen

Video suara Liza Aziz apabila dihilangkan muziknya buat ramai yang meremang. Wah gemersiknya suara Liza tanpa muzik. Bak kata warganet, muzik yang perlukan Liza, bukan Liza yang perlukan muzik. Memang legend lah..
Liza Aziz sekali lagi mengungguli carta dan memperolehi markah tertinggi untuk konsert Gegar Vaganza 11 minggu kedua semalam. Liza membawakan lagu popular dendangan kakaknya sendiri, Azlina Aziz berjudul Wajah Siapa Di Hatimu dan ianya mendapat pujian juri.
Meninjau entry di akaun Tiktok Rileks Studio, telah dikongsikan satu video suntingan yang memaparkan nyanyian Liza yang telah pun dihilangkan muziknya. Sebagaimana gemersik dan merdunya suara Liza kedengaran dengan muzik, tanpa muzik juga ternyata lebih mantap suaranya.
Setiap bait lirik lagu tersebut diungkapkan dengan cukup jelas. Tone suara Liza tidak dapat dinafikan memang hebat dan memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya. Sekali pun usia Liza sudahpun melepasi angka 60 tahun tetapi suaranya tetap kedengaran bertenaga.
Satu yang dipuji warganet mengenai Liza adalah cara Liza mengawal pernafasannya. Dari awal sehingga ke akhir video, tidak sekali pun kedengaran Liza menarik nafas. Dengan lagu yang bernada tinggi seperti ini, susah untuk penyanyi lain melakukan sebagaimana Liza menyanyikannya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rilekstudio Liza Aziz – Wajah Siapa Di Hatimu (live) Gegar Vaganza 2024 (minggu 2) tanpa muzik 👏❤️ suara makan kaset! #gegarvaganza #gegarvaganza2024 #gv11 #lagutanpamuzik #lizaaziz #wajahsiapadihatimu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sebijik muka arwah ibunya.. normadiah. (al fatihah). Liza Aziz mmg terbaik. GV bkn level dia sebenarnya.. sorg lg yg ada voice instrument dlm suara.. gifted.. “
” Gemersik nya suara Liza Aziz. Suara Azlina Aziz lembut dari Liza.. Permata yg dinafikan. Stunning performance.umur dia 61 tahun namun mampu kalahkan penyanyi2 muda yg sedia ada.. “
” Bila dia tarik nafas ek.. tak dengar langsung.. tokti pun dengar dgn jelas dia tarik nafas.. salute la kak liza aziz.. “
” Aku tak perasan pun tak der muzik… kak Liza amazing.. sy doakan kak liza aziz nie juara GV11.. “
” Tanpa muzik macam lebih best. pergghhh.. takde pun dengar bunyi tarik nafas… salute lah kak liza.. Tak da muzik pon sedap weh… aiseyman. Hat ni patut popularrrr.. “
” Muzik yang perlukan suara kak Liza… bukan kak Liza perlukan muzik… suara dia mmg dah sedapp.. “
” Giler lahhhh …. kt sini clear…. Tak dgr lgsg amik nafas…. nafas pakai insang ke apa nihhhhh…. part tggi tu mcm sekali dia hembusssssss je…. power laahhhhhhh.. “
Ramai yang kagum dengan suara Liza, memang langsung tidak mendengar bunyi Liza menarik nafas. Sebutannya juga kedengaran agak jelas dan sebutir-butir perkataan dapat didengar satu-satu. Ini memang level international, terbaik lah Liza Aziz, gifted sangat suaranya itu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rileks Studio
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen