Connect with us

Artis / Selebriti

” Syok tema begini, barulah budak-budak tak pegang handphone.. ” – Netizen

Video Sambutan Hari Lahir Anak Dayah Bakar, Achbar Muhammad Fahri Yang Ke 3 Tahun Raih Perhatian Ramai. Wah Rare Betul Tema Hari Lahir Fahri. Kecil-Kecil Dah Pandai Buat Permintaaan Begini !!

Tahun ini genap usia tiga tahun buat anak sulung pesonaliti TV, Dayah Bakar iaitu Achbar Muhammad Fahri. Seperti tahun sebelumnya, tahun ini juga tetap diadakan sambutan hari lahir buat pemata hati Dayah dan suaminya, Kapten Hanif Hamidi.

Menerusi akaun Instagram, Dayah telah memuatnaik sebuah video sekitar sambutan hari lahir Fahri yang diadakan di atas padang bola. Ini merupakan permintaan Fahri yang amat meminati bola dan untuk kelainan ia disambut di padang bola.

Majlis dilihat sangat meriah dengan kehadiran ahli keluarga, rakan taulan serta saudara mara. Bertambah meriah lagi apabila kanak-kanak berpeluang bermain bola sepak di atas padang. Wah, sambil menjamu selera sambil bersukan dan mengeluarkan peluh.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Fahri juga dilihat sangat pandai bermain bola sepak. Wah, ada ciri-ciri untuk menjadi pemain bola sepak lah Fahri ni. Comel sangat.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian video  ini dihujani dengan ucapan hari lahir buat Fahri. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” HAPPIEST BIRTHDAY ABANG FAHRI we love youuuu so much.. Kesayangan semua orang.. syok ni tema gini… Baru la tk pegang hp bebudak… Fokus padang .. “

” Comel la Fahri ni… Happy birthday Fahri.. Chomeeeelllnyaaaa  Happy birthday fahri si comel.. Cool nya celebrate dkt padang bola.. “

” Happy birthday fahri. Wau pandai nye kick bola. Rare la fahri ni… nk sambut birthday kat padang bola.. moga sentiasa sihat & happy selaluu.. “

” Piberdeytuyu abg omel.. aksi lepas gol tu plg encem.. abg2 sgt da.. wah meriah betul. semoga membesar jdi ank yg soleh dan berjaya didunia dan diakhirat kelak ye .. “

” Happy birthday Fahri  InshaALLAH jadi footballer yang terbaik bila dah besar .. sorry fahri..aunty geram je nk bentes kaki awk tu.. ligat sgt nih.. “

” Happy Birthday Fahri….Semoga sentiasa menjadi anak yang membahagiakan keluarga.. pandai nyaaaa abang main bolaaa.. “

” Soo comel fahri sanah helwah nak..moga jadi anak yg soleh syg.  psstt tahun depan minta sambut besday dekat stadium tau.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ketiga tahun kepada Achbar Muhammad Fahri. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan juga di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayah Bakar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT