Artis / Selebriti
” Sweetnya suara Ibrahim serak-serak basah, berbakat macam mummy.. ” – Komen Netizen
Video Liza Hanim berduet bersama anak lelakinya, Ibrahim untuk persembahan di sekolah raih perhatian ramai. 1st time dengar suara Ibrahim menyanyi. Sedap sungguh suaranya serak-serak basah..
Jika sebelum ini kita pernah mendengar anak sulung Liza Hanim iaitu Marsya Qistina menyanyi dan memiliki suara yang lunak. Selain itu, anak kedua Liza juga iaitu Marissa Qaireen juga pernah tular kerana pandai menyanyi dan berbakat seperti ibunya.
Tetapi kali ini Liza berkongsi video membuat persembahan bersama anak keempatnya iaitu Mohamed Ibrahim. Dua anak beranak ini membuat persembahan di sekolah Ibrahim iaitu di SK Simpang Lima 1 Klang bersempena majlis makan malam amal.
Mereka menyanyikan lagu berjudul Zapin Usik Mengusik nyanyian asal kumpulan Senario. Rupanya Ibrahim juga berbakat seperti kakak-kakaknya dan boleh menyanyi. Sungguh lunak suara Ibrahim dan persembahan mereka sangat menghiburkan ramai.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik 12 jam yang lalu. Boleh dikatakan keluarga Liza ini semuanya berbakat dalam bidang nyanyian. Bak komen netizen, boleh menghasilkan album anak beranak.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Ibrahim. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Wowww… That’s your youngest?! Waahhh, Sallyyy, dah besar dia! Ahhaahahahaaa sweet nyer korg berdua berduet .. semua 1 family bersuara sedap.. “
” Keluarga seni,suara semua sedap belaka. Adoii.,tersengehh aku sepanjang video ni.. Sweetnyaa suara ibrahim serak² basah.. “
” Wahhhh Ibrahim pandai juga nyanyi,berbakat..so cuteee dpt duet dgn mama dia. Alololo Ibrahim, berbakat macam mommy. Sweet sangat .. “
” Aahhh sekolah saya jugaaa. Alaaaa best plak dgr tau2 hbs.. Wow Ibrahim stole the limelight lah.. Waa…nak tackle mama ya Ahim.. “
” MasyaAllah.. sedap lah suara diaaa, like mother like son . pelapis ni.. We need an album from this family!! Bukan photo album tauuuu .. “
” Ibrahimmmm… why so comel Best ni dpt arrange fmly day. Nk dgr suara ahim plak.. Wahhh dlu baby now dah bujang trang tang tang ye berahim .. “
” Tahniah Ibrahim….nyanyi pun pandai..main bola pun boleh…good job. Untung la jadi anak penyanyi liza hanim… dpt jemput artis terkenal menyanyi kat sekolah.. “
Bakat Ibrahim ini boleh diasah lagi kerana Ibrahim mempunyai tone suara yang sedap. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Anak-anak Liza sememangnya mewarisi darah seni daripada kedua ibu bapanya yang merupakan penyanyi professional.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Liza Hanim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” You ni asyik nak cakap pasal arwah isteri you je. You ingat I takde perasaan ke.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik tu dah mengantuk sampai dah keluar air liur. Terpaksa, haha.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah, dah siap lagu pengantin baru. Romantis lagu, hebat Dida.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Merdunya suara Hussain ni. Lunak merdu dia berqasidah tu, dengan kita rasa meremang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen

