Connect with us

Artis / Selebriti

” Suka tengok Nora ni, dia tahu walau macam mana pun, anak dia tetap adik beradik dengan anak Fasha.. ” – Komen Netizen

Video Nora Danish menyambut hari lahir anak perempuan Fasha Sandha, Puteri Raysha Jemyma curi perhatian warganet. Alahai sweetnya Nora, sayang betul pada Jemyma macam anak sendiri..

Sekali pun berlainan ibu, namun hubungan anak-anak Fasha Sandha dan Nora Danish sangat rapat. Malah Fasha dan Nora juga kini bersahabat baik. Kedua-duanya sudah berdamai dengan takdir dan anak-anak mereka juga saling menyayangi Nora dan Fasha sebagai ibu.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fariza Zairul, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Nora Danish bersama anak lelakinya, Putra Rayqal Ramli memberikan kejutan hari lahir untuk anak Fasha, Puteri Raysha Jemyma. Kedengaran suara Jejai yang sedang merakamkan video itu.

Kelihatan pada awal video, Nora menyanyikan lagu happy birthday untuk Jemyma dan Rayqal turut berdiri bersamanya di hadapan Jemyma yang duduk di meja. Jemyma yang malu-malu kerana mendapat kejutan daripada mommy Nora ni tersenyum malu.

Tidak itu sahaja, Nora turut memeluk dan mengucup pipi Jemyma. Tindakan Nora itu meraih pujian daripada warganet kerana ketulusannya menyayangi anak Fasha. Berlainan ibu bukan penghalang untuk mereka berkasih sayang. Seronok warganet melihat keluarga bahagia mereka ini.

Jom tonton video di bawah :

@fariza_zairul

#noradanish #fadhasandha #viral #farizazairul #fyp

♬ original sound – Fariza Zairul – Fariza Zairul

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Baiknya hati Nora Danish ni, suka tengok Nora sekarang.. Nora dengan Fasha, dua-dua baik hati dan penyayang pada anak-anak.. “

” Mulia dan cantiknya hati Nora Danish secantik orangnya.. May Allah bless u always Nora.. anak-anak pun bahagia ada ibu dan mommy yang sayang dorang.. “

” Suka tengok Nora ni, dia tahu walau mcm mana pun anak dia tetap adik beradik dgn anak Fasha Sandha. terbaik Nora.. “

” Elok macam ni, anak anak pun bahagia je.. Benda dah lepas usah dikenang. hebat orang yang dah berdamai dengan takdir.. nora fasha dua-dua hati mulia.. “

” Adik kepada anak kesayangannya, so sweet.. happy family semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt.. baiknya si abang pada adik.. “

” Bagusnya kira adik beradik sebapa la dengan anak nora.. bila masing masing dah berpisah dengan jejai, mereka dah jadi bestie pulak.. bagus dorang ni, alhamdulillah.. “

” Baik nora mahu pun fasha, dorang layan anak sama rata. tak kira lah tu anak nora dengan jejai atau anak fasha dengan jejai, yang dorang tahu semua anak dorang bersama.. salute sangat pada nora dan fasha.. “

Hubungan baik Nora, Fasha dan anak-anak mereka membuatkan ramai kagum. Kasih sayang yang diberikan tulus dan ikhlas dan bukan dibuat-buat. Selamat hari lahir Jemyma dan semoga Jemyma akan menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapanya serta berjaya di dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Fariza Zairul, IG Jejai Ashram, IG Fasha Sandha 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Classic Moon Sling Bag
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak