Artis / Selebriti
” Suka hati dia je hentam, tapi sedap. Lirik berterabur tapi melodi betul, hehe.. ” – Komen Netizen
Video anak bongsu Shuib Sepahtu, Ayash Affan menyanyi berduet lagu APT bersama kakaknya, Thalita buat ramai terhibur. Amboi, semangat betul Ayash menyanyi. Walaupun Ayash kunyah lirik, tapi melodi dan tempo tetap betul..
Meninjau di akaun Instagaram Shuib, telah dikongsikan video yang memaparkan anak-anaknya, Thalita, Matin dan Ayash sedang berada di dalam kereta. Menerusi video itu, Thalita sedang berkaraoke menyanyikan lagu APT dan Ayash juga turut bersama menyanyi.
Kelihatan pada awalnya, Talita menyanyi dahulu dan kemudiannya, Thalita menghalakan mikrofon kepada Ayash untuk menyambung nyanyi. Telatah Ayash menyanyi telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa terhibur melihat Ayash menyanyi.
Komen warganet, walaupun Ayash hanya ‘kunyah lirik’, melodi nyanyianya itu tepat. Tambah warganet lagi, Ayash juga menunjukkan minat dalam bidang nyanyian. Selain itu, warganet juga memuji nyanyian Thalita yang dikatakan semakin merdu.

Sehingga kini, video Ayash berkaraoke bersama kakaknya telah menerima ratusan komen dan puluhan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai comel Ayash menyanyi, mummy yang tengah drive pun berdekah ketawa, terhibur mendengar Ayash nyanyi.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia hafal weyhhh lagu tu, walaupun dia kunyah lirik gitu. Comel lah Ayash ni, haha.. Geram kita yang tengok ni tau.. Hahaha.. “
” Suka ht dia jek hantam tp sdp lagi comey laa awk ni Ayash, haha.. Lirik terabur tp melodi btol … Pandai Ayashhhh ni.. “
” Talita ni lama2 tgk dia tak makeup pon cantik, bersih muka. Cantik semula jadi org kata, suara pon sdp. Mewarisi arwah ibunya.. “
” Masha Allah so adorable, tak kisahlah senikata tu sayang. Yang penting he is not tone deaf and he can carry a tune.. So cute lah Asyashh.. “
” Bgs jgk dia sllu di bawak menyanyi gitu.. Dia jdi ndak malu dan akan petah bercakap nnt. Apa² pun aunty bagi 5 bintang tuk Ayash.. “
” Hahahaha pandai nya..betul plk tu dia masuk tempohnye.. Kalau dh keluarga seni, kuah nk tumpah kemana…Dalam perut pn arwah hari² practic nyanyi…Go Ayash.. “
” Adoiii la ankk..Terhibur auntie dgr sayang.. Pandai Ayyash.. Even lirik tak paham tp pandai ikut rentak dia.. Yg pnting tune tak lari laaaaaah.. “
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Kalau sudah keluarga seni, memang bakat seni itu pastinya akan ada dalam diri. Semakin hari, semakin comel Ayash. Semoga Ayash terus membesar menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


