Artis / Selebriti
” Suara Anis Suraya ni telan kaset tau. Dia hit note tinggi, tak perlu jerit tinggi-tinggi.. ” – Komen Netizen

Video Fara Hezel Berpadu Suara Dengan Penyanyi Era 90an, Anis Suraya Menyanyi Lagu Cinta Tersimpul Rapi Raih Pujian Ramai. Tak Berubah Langsung Suara Anis, Gemersik Dan Merdu Sangat !!
Bagi peminat dunia hiburan, nama penyanyi berasal dari negeri Terengganu, Anis Suraya bukan nama yang asing. Sekali pun Anis adalah dari keturunan di raja Terengganu, namun figura ini selalu merendah diri dan peramah dengan semua peminat membuatkan dirinya disayangi ramai.
Tidak lama Anis berada dalam industri dan setelah keluar dengan beberapa buah single, Anis mengundur diri dari dunia seni. Sekali pun begitu, Anis masih aktif di media sosial dan perkembangannya boleh dilihat daripada akaun media sosial milik Anis.
Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Fara Hezel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fara berduet bersama Anis dalam sebuah majlis perkahwinan. Fara yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini gembira kerana dapat menyanyi bersama penyanyi kesayangannya.
Mendengar alunan suara Anis, ramai yang teruja kerana suara itu sememangnya dirindui. Tone suara dan gaya penyampaian Anis masih tetap seperti dahulu, malah semakin sedap suaranya. Lagu Cinta Tersimpul Rapi dinyanyikan oleh Anis dan Fara dengan cukup baik.
Jom tonton video di bawah :
@farahezel22 Akhirnya dapat berduet dengan kak anis surayaπ Thank you kk anis β€οΈ #anissuraya #tersimpulrapi #anissurayaftfarahezel
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suara anis suraya ni unik.. tak perlu jerit tgi2.. lunak dia smp ke kalbu.. bg lah lagu ni kt sape nyanyi pun.. org tetap nk dgr suara anis jugak.. satu lg dia x bermegah dgn kehidupan yg dia ade.. ”
” Power voice control Anis Suraya. Dia hit note tinggi, tak perlu tarik mic jauh dari mulut pun. Suara anis suraya sedap sgt2β¦ lunak bila di dengar.. ”
” Suara Anis Suraya ni telan kaset tau.. sama je dr dlu smpai skrg… best2 dua2 nyanyi. meremang bulu roma dgr weiii.. ”
” Wuiii lama tak tgk anis suraya hmpir tk knl. lenggokk akak anis suraya tuu mmg power… sumpahh.. nafas dia panjang betul even dah beranak.. ”
” Power la kak anis… ank pegang kaki boleh nyanyi lagi… salute.. masih sdp suare Anis suraya walau pun lme x nmpk die nynyi.. ”
” Lejen nyanyi anak dok berkepit relaxs jaa.. sambil pegang anak gitu je dia tarik.. haihhhlaaa lejen sungguh.. ”
” Perghhhh suaqa tetap sempoii daqi dahulu hingga sekarang terbaikkk, hadir support.. Sore anis tetap same mcm dulu-dulu mantap.. ”
Suara Anis tetap lunak dan merdu sama seperti dahulu. Walaupun anak ‘bergayut’ di kaki, namun Anis tetap boleh tarik high note dengan baik. Terubat kerinduan peminat terhadap suara Anis Suraya. Semoga Anis Suraya success selalu dengan kerjayanya sekarang.Β
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok FaraHezel22
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Boleh nampak Tom Cruise kagum dengan gaya penghantaran mesej oleh Ezzrin Loy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Aku nangis dengar suara Thalita yang ni. Part ‘sampai saat ini’ tu sebijik macam ibu awak Thalita.. ” – Komen Netizen “